TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Udang oh Udang.......

Syukur...SMS yang sampai dari rakan baik ku Mr Mituddin , membawa perkhabaran GUMBIRA apabila beliau mengajak ku untuk mengail udang hari sabtu ni.Rasanya sudah setahun lebih aku tidak menurunkan set kail udang ku. Terakhir aku mengail udang bersama Mitudin dan Mr Belacan pada hujung 2009....Tahun 2010 ,perkhabaran udang di Sg Kota Klias tidak berapa memberangsangkan. Melihat gambar udang yang dikail oleh Limtat & BauKesisang dari Team Gilakail baru-baru ni.....hati ku sangat gundah.........pukulan udang sangat bisa dan boleh membuat set casting berehat panjang jika udang menganas......Rasanya sudah tidak sabar aku mahu beraksi melayan udang, balik kerumah menghantar anak dari sekolah tadi, aku terus mengeluarkan set udang ku dan mengemas mata kail udang yang baru dibeli dan sewaktu balik ke pejabat sempat lagi ku singgah untuk membeli batu No 3 pesanan dari Mitudin di TCE Putatan. ....Sekian...tunggu laporan aksi ku melayan udang minggu depan
Set Udang yang sudah lama berehat kini bersedia untuk memberi khidmat Impak Maxsimum

Batu no 3 khas untuk udang
Pukulan udang sangat Best dan tidak membosankan......