TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Gambar-Gambar Kenangan

image
image
image

DEMAM MICRO & LIGHT JIG DI BAGANG BONGAWAN

Bikin demam....inilah yang sedang berlaku di kalangan ahli BCC...apa tidaknya ada sahaja gambar-gambar hasil micro & light jig yang berjaya ditawan dengan Jig ringan dan kecil. Bikin tidak senang duduk...kalau tidak turun beraksi menjig  pasti ada MMS masuk...Hahahahah...meracun saja kerja diorang......Apa yang pasti Bintuka semakin sunyi dari kelibat ahli-ahli BCC untuk sebulan dua ni....laut teduh...jadi menjiglah jawabnya. Sedikit paparan gambar-gambar hasil saya dan rakan-rakan semasa menjig dihujung minggu

 Rekod TH Samoi, tenggiri 5 kg dengan micro jig
 Hasil Zol Komunis yang kena cukai di Bagang roboh
 Pisang-pisang pin berasni menyambar micro jig
 Rekod TH samoi...Ebek
 Hasil ku di bagang roboh
 GT pelangan  tetap Jig Lomunis di Bagang
 Berikat di tiang bagang jika mahu memburu kerapu
 Bagang roboh jadi banglo ikan jika di jadikan lawa-lawa
 Mangsa tetap di tiang bagang
 Jig 30g kebawah sangat sesuai untuk aksi Micro & Light di Bagang
 Hasil trip pertama ku
 Kerapu junior paling banyak menyambar Micro Jig
 Apa yang pasti jika di Bottom jarang ada kerapu ni
 Jig rainbow 13 g
 Jig Bakau ping 13 g
 Jig Senses 23 g
 Jig Hinomya 21 g
 Dahali dp lesin  kerisi
 Hasil TH Samoi kena cukai di Bagang
Hasil trip kedua di Bagang dan Lawa-lawa

CUSTOM MADE BY K.O.B : ROD JIGGING XZOGA TAKADUM

Untuk rasa yang lebih nyaman dengan keyakinan penuh semasa menjig saya beralih ke Blank xzoga Takadum yang dikatakan sangat kuat. Cuma berasap poket untuk menyiapkannya

 Blank Xzoga untuk Jigging di Deep sea ni sangat kuat dan  elestik. Dilentur sehingga seakan-akan  membentuk huruf C dan di hinjut berkali-kali untuk membuktikan Blank ini sangat kuat dan elestik 



 Projek Light Jig...memang cun
 Buy 1 Free 1...hehehehe
 Sudah Siap dan sudah di Test di Bagang Bongawan...Memang best rod ni
 Ring Fuji K Guarde




TRIP SELEPAS BEREHAT PANJANG

Rasanya terlalu lama sudah saya tidak mengaplot laporan terbaru mengenai aktiviti Pancingan T.O.B. Bukan apa, terpaksa berehat kerana isteri masa tu sedang sarat mengandung dan menghitung hari untuk bersalin. Tapi apa yang jelas, sebaik sahaja isteri melahirkan baby ku yang ke tiga pada 6 Mac 2013, aku terus boking bot untuk ke Bintuka pada hujung minggunya, iaitu hari kelima usia Baby ku. Tiada lagi ku menunggu  masa untuk berpantang 40 hari, yang penting isteri dan anak ku sudah selamat dan aku harus mengucapkan selamat tinggal masa berehat.......apa yang jelas sasaran utama sudah jelas iaitu SELUNGSUNG......jadi buat apa mau tunggu lama-lama nanti selungsung habis di kail orang...heheheh.....Hasilnya memang gila........trip pertama Sukses....diikuti trip kedua lagi Sukses...trip ketiga...jangan cakaplah......kurang...heheheh

Hasil ini sebaik sahaja diturunkan udang hidup terus diterkam...tidak sampai 5 minit

Hasil trip pertama dalam masa 30 minit sahaja...memang sedap Selungsung ni di buat Lauk Stim Limau + pedas kuah stimnya.....
 Selungsung yang berjaya di tewaskan dengan udang hidup baru-baru ini....memang best  
Azam Rebah selepas penat memburu selungsung

 Aku pun sempat berehat selepas makan tengahari...penat sangat
 Sebelah petang kami terus mengasak titir dengan kaedah trolling
 Azam Double strike......
 Bukan setakat titir...ular pun kena strike.....
 Selepas puas trolling kami pun terus casting.....hasilnya hanya beberapa ekor kerapu Afrika menjadi mangsa si Azam

AKTIVITI DIMASA LAPANG

Ini merupakan kerja sampingan selepas balik kerja jan 5.00 petang....Kemahiran yang diperolehi dari bakat diri sendiri tanpa tunjuk ajar menjadikan aku lebih mahir dari taukeh kedai. Custom rod ini sebenarnya mudah jika sudah mengetahui tekniknya.....membuat rod atau membaik pulih rod perlu ada perasaan minat yang mendalam tanpa perlu memikirkan kepayahan. Biasanya bila ku menghadap rod aku akan lupa tentang hal lain umpama  casting perasaan dan perhatian ditumpukan sepenuhnya terhadap acara casting dengan penuh perasaan. 


Ardito berharga hampir 1K patah tiga akibat asakan Selungsung

 Hasil Ketuk Magic ini kesudahannya

  Rod shakespeare yang mendapat sentuhan tangan ku

 Rod Rapala Sportmen ala Gomoku  
 Ring Fuji temuji
 Reelseat ni paling sukar diperolehi





Sekadar perbandingan