TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

HARI PALING MALANG K.O.B

25 Ogos 2012 merupakan trip Solo Bintuka paling malang dalam hidup ku. Apa tidaknya sudah belas tahun ku mengail dan ratusan kali sudah ku menanggalkan mata kail dari mulut ikan....tapi hari ni merupakan hari aku mahu kena, tiada siapa yang boleh menghalang, sehebat mana pun pemancing tu jika mahu terkena pasti tidak boleh dihalang, sudah ditakdirkan aku terkena, apa boleh buat, syukur kerana terkena di jari bukan di mata dan ini menjadi pengajaran sangat berguna, mungkin aku terlupa dan inilah takdir ku dari yang maha esa . Selalunya aku pasti sentiasa teringat tentang bahaya jika mahu menanggalkan mata kail dari mulut ikan tapi hari ni aku terlupa, pada hal semua peralatan ada disisi ku....solid Hook Up kali ni.......Semoga paparan ini akan menjadi iktibar kepada semua Caster. Pengajaran yang sangat berguna....jangan sekali-kali memegang gewang ketika gewang masih di mulut ikan dan gunakan lip grip dan pliers ketika menanggalkan mata lure dari mulut ikan dan satu lagi jangan suka-suka melontarkan gewang tanpa melihat rakan-rakan anda di sekitar anda, nanti solid hook up di mata. Tq kepada sahabat ku  Mr Asneh a.ka Mr Belacan yang sudi menemani ku selama 4 jam ku di Hospital Beaufort
Solid Hook Up. Terkena ketika aku memegang lure dan tiba-tiba  ikan kerapu mengelupur
 Aduhhhhh....hanya tuhan yang tahu perasaan ku....hampir setengah jam aku cuba menembuskan mata kail namun hook sudah full hook up. Nasib baik aku ada ubat tahan sakit
 Mata kail terpaksa ku cut....tiba-tiba hilang terus pangkalnya.....sapu air liur untuk memberhentikan darah dan terus balut dengan hand d plas. Hilang rasa sakit terus casting sambil on the way pulang
 Sampai di rumah, kemas peralatan casting, 7. 30 pm ...go.go.go......hospital Beaufort



Terpaksa x Ray...MA yang pertama yang buat sugery jari ku tapi tidak jumpa mata hook tu

 Lepas X ray baru Doktor yang ambil alih sugery....senyum Dr tu tengok luka sugery yang kena buat...Sory Encik sebab luka ni sudah besar....tidak apa Dr yang penting mata kail tu dapat dikeluarkan
Payah juga mahu mengeluarkan mata kail ni...
Alhamdulillah...syukur....keluar juga akhirnya dari 2.30 pm ku kena 11.30 pm baru selesai. 





 Akhirnya kena 4 jahitan...satu pengajaran

CARA MEMBUAT SAMBUNGAN UNTUK MEMANJANGKAN PENAHAN ASAKAN ROD CASTING

Sedikit tips perkongsian cara menyambung penahan asakan joran ( bahagian belakan joran / bontot ). Jika anda memiliki bahagian belakang joran yang pendik dan ingin memanjangkan menjadi panjang sekaki dari pemegang joran, anda boleh lah meniru cara saya ini

Joran saya ni pendik bahagian belakangnya dan ingin saya panjangkan. Caranya


 Langkah pertama: Sediakan ring seperti ( seperti dalam gambar warna biru ) dan  sebatang batang joran lama yang berlubang. Sais lubang harus besar sedikit dari batang joran utama

 Bontot untuk penyambung dari joran lama yang patah boleh digunakan jika ada kreativiti

 Masukkan batang penyambung

 Masukkan  bontot untuk menjadi penahan asakan di lengan ketika ikan mengasak gewang anda

Pastikan anda menggunakan gam yang betul untuk mempastikan kekuatan sambungan yang anda buat. Selepas sambungan digam biarkan kering selama 2-3 jam sebelum digunakan

 Inilah bentuk baru penahan asakan rod casting ku 3-8 lbs

Dari bahan terpinggir menjadi satu gabungan yang mantap. Selamat mencuba dengan kemahiran yang anda miliki