TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CUSTOM MADE BY K.O.B : ROD JIGGING XZOGA TAKADUM

Untuk rasa yang lebih nyaman dengan keyakinan penuh semasa menjig saya beralih ke Blank xzoga Takadum yang dikatakan sangat kuat. Cuma berasap poket untuk menyiapkannya

 Blank Xzoga untuk Jigging di Deep sea ni sangat kuat dan  elestik. Dilentur sehingga seakan-akan  membentuk huruf C dan di hinjut berkali-kali untuk membuktikan Blank ini sangat kuat dan elestik 



 Projek Light Jig...memang cun
 Buy 1 Free 1...hehehehe
 Sudah Siap dan sudah di Test di Bagang Bongawan...Memang best rod ni
 Ring Fuji K Guarde




TRIP SELEPAS BEREHAT PANJANG

Rasanya terlalu lama sudah saya tidak mengaplot laporan terbaru mengenai aktiviti Pancingan T.O.B. Bukan apa, terpaksa berehat kerana isteri masa tu sedang sarat mengandung dan menghitung hari untuk bersalin. Tapi apa yang jelas, sebaik sahaja isteri melahirkan baby ku yang ke tiga pada 6 Mac 2013, aku terus boking bot untuk ke Bintuka pada hujung minggunya, iaitu hari kelima usia Baby ku. Tiada lagi ku menunggu  masa untuk berpantang 40 hari, yang penting isteri dan anak ku sudah selamat dan aku harus mengucapkan selamat tinggal masa berehat.......apa yang jelas sasaran utama sudah jelas iaitu SELUNGSUNG......jadi buat apa mau tunggu lama-lama nanti selungsung habis di kail orang...heheheh.....Hasilnya memang gila........trip pertama Sukses....diikuti trip kedua lagi Sukses...trip ketiga...jangan cakaplah......kurang...heheheh

Hasil ini sebaik sahaja diturunkan udang hidup terus diterkam...tidak sampai 5 minit

Hasil trip pertama dalam masa 30 minit sahaja...memang sedap Selungsung ni di buat Lauk Stim Limau + pedas kuah stimnya.....
 Selungsung yang berjaya di tewaskan dengan udang hidup baru-baru ini....memang best  
Azam Rebah selepas penat memburu selungsung

 Aku pun sempat berehat selepas makan tengahari...penat sangat
 Sebelah petang kami terus mengasak titir dengan kaedah trolling
 Azam Double strike......
 Bukan setakat titir...ular pun kena strike.....
 Selepas puas trolling kami pun terus casting.....hasilnya hanya beberapa ekor kerapu Afrika menjadi mangsa si Azam