TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Ubah Suai Pemegang Joran Casting Lemex IT Sport

Joran Lemex IT Sport hadiah dari isteri ku ini terpaksa diubahsuai pemegangnya kerana aku tidak biasa menggunakan joran casting yang pemegangnya ala ulu parang & pendek.Selepas beberapa hari memikirkan cara terbaik untuk menghasilkan pemegang yang selesa dan sambungan cantik untuk menahan asakan monster akhirnya aku berjaya mengubah suai pemegangnya dan menghasilkan sambungan yang meyakinkan aku untuk bertarung dengan monster.Inilah hasil kerja tangan saya yang memakan masa hanya 1 jam setengah


Gambar1: Pemegang asal Joran Casting Lemex IT Sport 6-15 lbs


Gambar 2:Pemegang bentuk baru setelah di ubah suai

Gambar 3: Penyambung untuk penahan asakan monster

Gambar 4 : Penyambung dimasukkan kedalam batang asal & sebelum memasukkan pastikan masukkan gam khas seperti epoxy atau super glue

Gambar 5: Setelah proses penyambungan selesai masukkan ring hiasan di kiri kanan pemegang untuk menampakkan ia lebih kemas & lepas tu masukkan gabus penahan belakang sekali

Gambar 6 : Inilah rupa penahan asakan monster Joran Lemex IT Sport saya.Rasanya inilah joran Lemex IT Sport yang pertama mempunyai penahan asakan monster.Rasanya getah hitam di belakang tu harus di tukar semula dengan gabus baru lebih cun

Bintuka2/2011-19.1.2011

Pada asalnya saya merancang untuk turun ke Bintuka pada 29hb ni bersama rakan-rakan yang lain.Namun oleh kerana keluarga mantua ku ada majlis perkahwinan di Kg Teratak,Bintuka maka program ku terpaksa ku percepatkan seminggu lebih awal.Trip kali ni merupakan trip 2 in 1 , iaitu casting & trolling yang pertama selama T.O.B ke Bintuka,selalunya kami akan mempraktikkan teknik 3 in 1( Bottom,Casting & Trolling ) untuk memburu kurau.Port sasaran kali ni adalah Muara Menunbok.Kami sampai seawal jam 5.30 pagi dan di jety Hj Kumit sudah nampak kelibat rakan-rakan lain yang telah sampai lebih awal antaranya Mr Belacan,Isham,Mimit,Limtat,Bungsu dan beberapa orang rakan yang lain,selepas tu barulah si Azizi & Partnernya sampai.Selepas memasukkan peralatan kami terus bertolak ke arah Sg Bintuka Utama.Trip kali ni hampir2 bot kami terbalik gara-gara lock enjin tidak diturunkan & apabila terlanggar papan ,enjin tidak terangkat ke atas.Jadi kepada semua rakan-rakan yang sering ke Bintuka,pastikan lock enjin diturunkan apabila merempit...Pengajaran yang membuatkan kaki ku bergoyang sendiri

Masih lagi gelap....waktu ni baru jam 5.45 pagi
Snek memberi isyarat...Baik Punya......
Kerapu pertama yang menyambar gewang Rod Ford ku

Waktu ni hujan renyai sedang turun....terpaksa pakai baju hujan....nyamuk pun berpesta sakan menyerang muka ku

Kerapu pertama Snek yang memilih TD9 Hot Tiger untuk sarapan paginya

Dikawasan ni lah kami di berhempas pulas casting apabila melihat kelibat selungsung menyambar anak-anak ikan...akhirnya kerapu ni saja yang sudi menyambar gewang Snek
Sampai ke Kawasan Jeti Menumbok-Labuan kami trolling,namun seekot titir pun tidak sudi menyambar gewang kami
Lepas Trolling,kami casting di Batu,sekali lagi hujan turun dengan lebatnya.Selepas hujan lebat ni lah gewang Hot Tiger ku disambar oleh RedBass & sewaktu menghampiri bot untuk disauk,ia berjaya melarikan diri....
Sarapan Pagi & Makan Tengahari kami ditaja oleh Lyen & Rose catering
Macam-macam gewang kami digunakan termasuk popper namun hanya itu rezeki kami kali ini


Hadiah dari Isteri Tersayang


Hari ni( 24.01.2011 ) genap 37 tahun usia ku,rasanya diri ini semakin hari-semakin terasa dimamah usia.Rupanya-rupanya aku semakin menghampiri angka 4.Namun hobi sejati ini terus kukuh melekat di hati ku dan inilah yang mendorong isteri kesayangan ku menghadiahkan aku peralatan memancing ini,kerana tahu suaminya lebih suka peralatan memancing dari segalanya & akan ku jaga Rod ini seperti mana aku menjaga diri mu & anak-anak kita sayang.....terima kasih sayang kerana memahami hobi ku ini

Team Ombak Biru :Rekod Tercipta lagi

Rasa-rasanya tahun 2011 ni merupakan tahun bertuah untuk si Ampulur ni.Apa tidaknya dalam masa 3 hari beliau sudah mencatat sejarah tersendiri walaupun tahun 2011 baru 9 hari menjenguk kita.Beliau sudah mendahului kebanyakan kaki-kaki casting di KK dengan hasil casting yang tidak disangka-sangka.Bermula dengan MJ 3.5kg pada hari jumaat dan pada hari ahad tu pula Selungsung 5.74 kg menjadi mangsa beliau.Namun sebelum itu pada hari sabtu beliau sekali lagi hampir-hampir mencatat sejarah apabila seekor penyerang hendap yang kasar berjaya membawa lari Storm Kirung-kirung kadalnya hanya dengan beberapa kali hinjutan yang menyebabkan klip cilinya terbangkang.
Selungsung ni tertipu dengan Storm The Lagent ( Redhead ) yang menyebabkan sandal croc si Ampulur tertinggal didalam lubang batu dan tapak kakinya luka terkena teritip
Hanya sekadar kenangan..........mana tau bau selungsung ni melekat sebagai pemanggil selungsung selepas ni
Nda apa saur...biar kita tukang pikul....asal ada bahagian...heheheheh


Mj disubuh hari sabtu...baru 2,3 kali lontaran sudah mengena

Inilah Klip cili si Ampulur yang lurus akibat asakan penyerang hendap yang diramal bersais XL

Saur pun berjaya menaikkan seekor kerapu bintik dengan menggunakan Storm kirung-kirung kadal pada hari sabtu yang lalu

Rekod Casting Tercipta

7.1.2011 terciptanya rekod peribadi c Pian @ Ampulur apabila beliau berjaya menaikkan Unggah seberat 3.5 kg dilubuk kegemarannya.Unggah ini merupakan pemangsa ketiga yang tertipu dengan Storm Kirung-kirung pagi tadi.Namun pemangsa pertama berjaya meloloskan diri kedalam lubang batu belah batu betangkup dan pemangsa kedua adalah kerapu juvana dan pemangsa ketiga adalah unggah ini.Rasa-rasanya siapalah lepas ini yang bertuah boleh overtik rekod beliau ni.....kerana terlampau sukar untuk mendapat Mj sais sebegini ...Tahniah Piann & Terima Kasih atas pemberiaan kepala & Isi Mj mu ni...bulihlah di kari malam ni...heheheheh
Menurut si Pian,tangannya mengeletar semasa strike pertama kerana pemangsa sangat kuat dan berjaya mengheret line kecelah lubang batu.Namun unggah ini membuatkan beliau terpaksa terjun kedalam air kerana ia tidak dapat di gantung memandangkan saisnya yang besar.
Apa yang paling mengecewakan ketika beliau mahu mengambil gambar dengan menggunakan Hp,bateri Hpnya pula habis.Terpaksalah cas dulu dirumah barulah bergambar.
Sebelum sembahyang Jumaat sempat lagi kami lepak di Koboi Town mendengar khutbah strike beliau tadi pagi.Yang paling bisa khutbah si Saur..."Bro...aku risau c Ampulur ni sukses hari ni,nanti di Bintuka 15hb ni....."Kejam prasangka kau saur.....Kau tengok muka alimnya tu..macam ada bayang-bayang selungsung sudah....

Inilah Storm Thunder Crank @ Storm kirung-kirung kadal c Pian yang digasak oleh Mj,sampai mata kail belakang tekangkang

Lepas tu hati mula gatal,apalagi baik ke KBS mengunjar Storm kirung-kirung kadal,dapat lah sebiji sorang...... lepas tu baru ke surau berjemaah.....

Bintuka1- 01.01.2011

01.01.2011 merupakan tarikh yang cantek dan diharap hasil pun cantek.Namun ini tidak berlaku kepada Team Ombak Biru.Matlamat untuk memburu hasil yang cantek akhirnya terus dilupakan apabila ikan yang diburu tidak mahu menyentuh umpan hidup yang kami sajikan.Ini kerana suhu air yang sejuk & kuantiti air hujan lebih berbanding air laut.Akhirnya kami terpaksa melupakan niat untuk memburu Kurau pada jam 1.30 tengahari dan memulakan aktiviti casting pada jam 2 pm di Ulu sg Bintuka.Hasilnya kami hanya mampu memperolehi 2 ekor kerapu & seekor tetanda.
Setiap kali membuat tundaan pasti sang titir akan menjadi pelanggan utama Hot Tiger Snek
Oleh kerana ikan tidak sudi baik tidur
Inilah satu-satunya hasil di Muara Balingkatak

Tetanda yang tergoda dengan gewang Rod Ford hadiah dari adik ku


Kerapu bintik yang tergoda dengan Zorro

Kerapu batang pun suka dengan gewang Rod Ford ni
Kaulah Pemegang rekod tarikh keramat Belacan
Sewaktu dalam perjalanan balik kami terjumpa dengan Mr Belacan & Cikgu Karim sedang ligat melontarkan lure .Lalu kami merapati Bot mereka dan tekejut melihat hasil Mr Belacan.Seekor Barra sekitar 3 kg lebih dan seekor Mj sekitar 1 kg lebih menjadi mangsa beliau.Inilah yang dinamakan rezeki...tidak mengira usia,junior @ senior...namun malang buat cikgu Karim apabila sambaran padu tidak dapat ditahan dan terus masuk ke Pungkar @ Bangkar....Tahniah buat Mr Belacan & Cikgu Karim dengan hasil yang cantek di awal tahun
Wajah ceria & gumbira Mr Belacan....dengan Mj nya.