TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING DI TELUK VILLA , KK ( 22.APRIL 2011 )

Ini merupakan trip pertama kali T.O.B beraksi casting menggunakan Bot di Persisiran pantai Teluk Villa. Seawal jam 5.30 pagi saya sudah dikejutkan oleh si Ampulur untuk mengambilnya dirumahnya di Kg Contoh Petagas. Hanya 3 minit dari rumah tempat saya tinggal. Tiba di Jeti sekitar jam 5.50 pagi, namun keadaan masih gelap, maklumlah lambat siang sekarang ni. Setelah segala peraturan yang ditetapkan oleh Pakcik saya( pemilik bot ) dilaksanakan, kami pun terus keluar dari jeti Persatuan Nelayan Teluk Villa menuju lubuk pertama iaitu Lubuk Batu Tengkorak yang terletak dihadapan Teluk Villa, namun setelah puas casting di lubuk ni, namun tiada sambaran. Maklumlah lubuk ni sering diterjah oleh penyelam untuk memburu kerapu pada waktu malam. Selepas itu kami terus ke Tembok Airport dan terus casting di Lubuk Skaw yang dikatakan lubuk selungsung , namun kami masih hampa. Lantas aku menukar gewang kepada Popper, setelah puas melontarkan popper hanya sekali sahaja sambaran ringgan dapat dirasakan. Lantas kami peralih kepada acara trolling namun tiada jua sambaran. Lalu kami casting di Tanjung Aru tempat si Ampulur mendaratkan selungsung, namun tiada jua sinar harapan. Akhirnya aku membawa si Ampulur pindah ke belakang bukit Tanjung dumpil untuk menduga Gt namun hanya anak kerapu batu saja yang sudi menyambar gewang kami. Lantas berpandukan GPS si Ampulur acara mengesan takat dilakukan untuk menanda kawasan-kawasan drop off yang berpotensi untuk kami lubuk dengan buangan tayar dan ranting kayu pada masa hadapan apabila bot kami sudah ada. Akhir sekali trip kami disudahi dengan makan nasi dengan ikan segar dari nelayan tempatan yang dimasak oleh peniaga di Jeti


Sekitar jam 6, namun masih gelap...ampulur sedang memenuhi segala pesanan yang dibuat oleh pakcik ku
Inilah Lubuk Batu tengkorak semasa surut



Hati-hati bila air pasang....jangan sampai terlanggar Batu tengkorak

Indahnya pemandangan pagidi teluk Villa

Inilah lubuk Skaw



Inilah saja lesin saya hari tu, manakala si Ampulur hanya merasa tarikan rabut



Lepas casting sekitar jam 10 pagi, perut perlu diisi...kalau tidak dugal naik...hehehe



Ikan tulai yang segar, baru dari laut, terus dimasak.....fullllamak....sampai nda sedar kami makan....bila bayar lagi terkezutttt....biar betul kak.....baru Makan + Minum Rm 9.....


TRIP BINTUKA 9 : 17 4.2011

Ini merupakan trip paling mengegarkan bagi T.O.B. Apa tidaknya mangsa yang berjaya dinaikkan Monster tanpa diduga, malah seekor lagi Monster tidak dapat dinaikkan apabila ia berjaya memutuskan short leder 40 lbs ku setelah 8 minit beraksi. Nasib baik rakaman Video sempat dilakukan oleh Mr Snek. Bagi K.O.B, walaupun kecewa namun tetap puas apabila dapat merasa tarikkan Monster yang berjaya melarikan line 20 lbs ku hampir 50-70 meter.Pengalaman ini mungkin hanya akan dialami oleh sesetengah Caster yang gigih untuk mencatat rekod persendirian.Namun selain aku , Sulaiman juga berjaya mengecapi nikmat melayan Monster apabila lontaran gewangnya berjaya disambut dengan garang oleh talang seberat 6kg lebih. Pertarungan memakan masa selama hampir 6 minit membuatkan Sulaiman mengadu rasa lengguh kerana baru pertama kali menggunakan BC keramat K.O.B......Semoga enjoy dengan paparan ini....Next laporan casting di Teluk Villa & Trip Lawa-Lawa ....TQ by...K.O.B




Awal-awal lagi hujan sudah turun......sejuk....

Snek paling stady.....
Juara.......

Nda apa.....Snek mana tau lepas ni giliran mu pula



Gewang keramat pun tidak mampu bertahan.....putus dawai penyangkut mata kailnya

Inilah matakail yang Hook up..sampai tercabut....nasib baik mata kail belakang masih hook up...kalau tidak....bai--baiiiiiiiii


Tidak muat tong....terpaksa dibengkokan....


Titir pun titir lah man......yang penting kau ada lesin Talang......



Inilah satu-satunya kerapu minyak yang sudi menyambar gewang kami


Anak Selungsung...di Bangkar keramat....


Sulaiman pun berjaya dapat satu......betul kata Sahur kalau satu dapat pasti ada lagi membernya lepak sama-sama...yang penting jangan rabut...kalau tidak semua cabut ikut member yang rabut.....

Sehari sebelum T.O.B beraksi, rakan dari G.K.P.A, Sudin dan Pendita juga sukses dengan hasil casting mereka


GAMBAR AKSI K.O.B VS GT 3KG

Ini adalah sebahagian aksi K.O.B melayan GT 3 kg pada 23 Mac 2011 yang lalu, yang diambil dari rakaman Video yang terlalu sukar untuk diaplot kedalam Blog TeamOmbakBiru. Semoga dengan paparan aksi ini, ia akan dapat membantu menaikkan semangat caster-caster untuk memburu mangsa yang lebih Monster dan diharap rakan-rakan enjoy dengan gambar ini...TQ


Ahhh...titir ni Snek
Kuat titir ni Snek

Huhhhh....menekan kebawah Snek....macam bukan Titir ni......

Mungkin Gt ni Snek

Wow......bestnya....

Nampak sudah ikan tu Snek....Gt...

Yesss...Gt....kau rakam saja Snek , biar aku sauk sendiri....heheheh

Jangan kau telepas......dalam hati rasa takut....

Ahhhhh.....jangan kau pergi......

Aduhhhhh......masuk kau Gt
Tolong lah......

Masuk.......

Ahhh....lega rasanya

Syukur.....

Yesssss.....akhirnya aku berjaya mendapat lesin GT


Casting di Kota Marudu ( 14.4.2011 )

Sehari selepas casting di Rampayan Laut, Kota Belud, aku mencuba nasib untuk casting di salah sebatang sungai di daerah Kota Marudu. Sungai ini merupakan sungai dara dan yang masih jauh dari pengetahuan kaki-kaki casting di Kota Kinabalu, hanya caster tempatan sahaja yang mengetahui tentang sungai ini. Aku bersama rakan sekerja bertolak dari hotel Marudu In tempat kami menginap sekitar jam 3.30 petang dan setelah sampai kami meminta izin dengan ayah salah seorang rakan untuk menggunakan Bot beliau. Perjalanan ke lubuk hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Teknik K.O.B sangat berkesan di sungai ni, apa tidaknya gewang selaman dalam yang digunakan dilontarkan sejauh mungkin untuk memberi peluang ia menyelam sedalam mungkin untuk menarik perhatian pemangsa. Teknik ini bukan sahaja memberi ruang kepada gewang seperti TDD atau Storm untuk menyelam lebih dalam, malah kadar serangan juga tinggi jika ia melalui kawasan pemangsa seperti MJ, kerana kadar kurauan gewang akan lebih lama. Ini bermakna kadar masa gewang menyelam atau berada didalam air untuk melalui kawasan pemangsa akan lebih lama. Semua MJ yang kami dapat di Sungai ini, semuanya menyambar gewang sejauh 25-30 kaki dari Bot. Apa yang best tentang Mj di sungai ni, MJnya belum sekolah lagi tentang gewang, tidak sampai sejam sahaja kami casting 3 ekor Mj jadi mangsa....semoga enjoy dengan paparan terbaru K.O.B...TQBot kecin ini hanya sesusai untuk 2 orang , teknik casting duduk paling sesuai, kalau berdiri, pasti kedua-dua caster akan terjun kedalam sungai.....terlampau bergoyang...Linggar dalam bahasa BruneiDengan teknik LJJ K.O.B ( Lontaran Jarak Jauh ) mengiringi kawasan tebing membuatkan aku puas melawan MJ niAli @ Nuridi baru mengenali kaedah casting, tidak sangka di sungai ini lah segalanya akan bermula selepas ini. Lesin pertama MJ kedua ini terlalu kuat, apa tidaknya gewang terkena di badannya, akibatnya apabila dipump, badannya menjadi penghalang untuk ia timbul Sehebat mana pun seseorang caster tu melontarkan gewang, pasti sekali sekala gewang akan melayang menuju pokok bakau MJ pertama berminat dengan gewang Rod Ford keramat ku

MJ kedua berminat dengan Gewang Storm kirung-kirung kadal Gold



MJ ketiga lebih berminat dengan Hot Tiger

Casting Di Rampayan Laut,Kota Belud II ( 13.4.2011 )

Seperti biasa, bila out station untuk melakukan tugas biasanya set casting tidak akan ku tinggalkan. Kesempatan selepas melakukan taklimat di sekolah-sekolah sekitar kota belud pada petang rabu lalu saya gunakan untuk menduga semula port lama yang sebelum ini pernah saya kunjungi. Ini merupakan kali kedua ku singgah untuk casting di Rampayan Laut. Bukan apa, saja mahu melepaskan gian setelah 10 hari tidak casting. Kunjungan singkat ini hanya sekitar satu jam. Semasa kunjungan rakan caster iaitu Neal sudah pun mendaratkan 2 Mj dan seekor kerapu dan tidak lama selepas tu seekor lagi Mj tewas oleh beliau. Sebelum ini beliau dan rakannyjuga telah berjaya menewaskan 4 ekor MJ di sini. Kunjungan ku kali ni tidak mengecewakan, walau pun singkat aku berjaya merasa satu serangan hendap yang hebat dan satu Mj tewas dalam masa tidak sampai setengah jam casting......sedikit gambar untuk anda...Semoga Enjoy menikmati pemandangan yang dipaparkan TQ


Kami terpaksa melalui kawasan Datuk Pendekar Amin Mulia untuk sampai ke Port kerana laluan lama sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan K.O.B sedang beraksi Tebing batu sepanjang sungai sejauh 500-700 meter menjadi sarang pembiakan Mj dan dikawasan inilah Neal semakin berjaya mengasah bakatnya....Tahniah Neal Bot tu Si Neal sedang beraksi Heheheheh....MJ pertama ku di Rampayan Laut Semasa baru sampai Neal sudah berjaya menaikkan Mj ke 2 beliau Ini Mj ke 3 beliau....Suksesss...... Tengoklah hasilnya.....ada Jelos....ini hasil beliau seorang saja...anak didiknya....masih perlu menuntut ilmu lagi sama Neal lagi...heheheh Semasa mahu berposing.....terjatuh, sempat juga ku luka kecil sampai hari ni masih lagi lebam
Semasa balik aku meminta rakan-rakan ku untuk keluar dari kawasan Datuk Pendikar Amin Mulia dan meminta mereka agar menunggu ku di tepi jalan, kerana aku sudah terlalu jauh untuk berpatah balik ke kawasan tanah Datuk Pendekar....tidak larat mahu jalan sudah

Mcm Man Vs Wild pula aku ni....hehehehehe


Sukur sampai sudah.....habis kotor seluar ku berlumpur