TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MY HOME TOWN RIVER

Bongawan merupakan kampung halaman ku. Walau pun aku berasal dari Bongawan, rasanya sangat jarang ku berkesempatan untuk casting di Sungai ni sejak aku berhijrah ke Kota Kinabalu. Jika pertengahan tahun 90-an sungai ni merupakan lubuk utama ku memburu Ungah, rasanya sudah 12 tahun aku  tidak pernah membottom di sungai ni. Trip My Home Town River merupakan trip lepas kerja, kesempatan out station ke daerah Beaufort ku gunakan untuk mencuba nasib bersama dua rakan yang sentiasa sudi mengikuti ku Out Station iaitu saudara Nuridi dan Mazlan. Terima kasih diucapkan kepada caster adik beradik iaitu Badul & Tato yang sudi meminjamkan kami bot untuk casting. Namun hari ni memang bukan rezeki kami, hanya tato dan badul sahaja yang sukses menaikan Ungah. Namun apa yang jelas, sungai ini sudah bayak berubah sejak   12 tahun yang lalu. Jika dahulu sungai ini mempunyai aliran yang panjang, namun hari ini ia sudah pendek, jika dahulu beluma ada lagi caster yang gigih memburu Ungah menggunakan bot kini sudah ada , Jika dahulu belum ada Monyet Bangkatan kini sudah ada, jika dahulu sungai ini tidak dikenali kini sudah mula dikenali oleh Pelancung
Ketepatan lontaran memerlukan ketajaman mata dan daya rasa naluri dengan sentuhan ibu jari pada spool . Jika tidak pasti gewang anda akan berada diatas bakau dan line utama anda akan membentuk sarang burung
Kayuhan dengan pelbagai veriasi adalah skil untuk memujuk pemangsa
 Tato dengan hasil pertama Brothernya
Tato dengan hasil castingnya
Caster adik beradik mencuba nasib di Port Selungsung
Sebagai anak jati Bongawan, kita harus bangga dengan anugerah yang dikurniakan serta bangga sungai kita akan menjadi tumpuan para pelancung. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga sungai kita. Namun apa yang menjadi tanda tanya penduduk tempatan, kewajaran membina jeti di sebatang anak sungai buatan manusia di kg Biau. Di mana semua orang tahu anak sungai tersebut akan cetek jika air surut. Oleh yang demikian bagai mana bot man boleh membawa pelancung keluar dari anak sungai tersebut jika musim  surut besar. 
Harus di jaga kerana si Bahagian Pantai  Barat Selatan , Monyet Bangkatan hanya terdapat di Sg Kota Klias dan Bintuka. Bongawan rasanya bertuah kerana Bangkatan sudi menjadikan hutan bakau sungai Bongawan yang kecil menjadi habitatnya.

SELAMAT BERPUASA

 KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN PENGUNJUNG BLOG TEAM OMBAK BIRU YANG BERAGAMA ISLAM,SAYA K.O.B INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

TRIP PENUTUP SEBELUM PUASA

Trip Bintuka 7.9.2012 merupakan trip yang mensasarkan ikan Kurau menjadi sasaran utama. Setelah sebulan berehat  ke Bintuka, kali ni aku mengajak anak buah ku iaitu si wan untuk beraksi . Namun kali ni aku memilih untuk melakukan Trip 3 in 1 iaitu Bottom, Casting dan Trolling. .Dimana kami akan memulakan acara Casting di sebelah pagi dan Bottom di sebelah tengahari. Setelah semua peralatan dimasukkan kedalam bot kami terus mendapatkan umpan udang hidup di tepi sungai daripada adik Hj Kumit dengan harga RM0.20 seekor dan aku membeli 50 ekor sahaja dengan harapan ada udang ada kurau...heheheh. Selepas membeli umpan, kami terus ke Port Casting pertama dimana lubuk ini merupakan lubuk selungsung. Namun setiba di lubuk ni, air sungai kabut / keruh  kerana hujan lebat yg turun pada sebelah malam telah menyebabkan kelodak tanah mengalir ke dalam sungai dan ini menjadi  air sungai menjadi kabut tanah. Walau bagaimana pun perjuangan tetap diteruskan. Setelah puas melontarkan gewang, akhirnya si wan berjaya menaikkan seekor kerapu hitam dan itulah sebagai hasil pembuka dan penutup arena Casting kami pada pagi tu. Setelah itu kami terus ke muara Balingkatak untuk memburu kurau....sedih...setiba disana, sudahlah muara beralun, kabut, ditambah lagi dengan arus yang telampau laju membuatkan usaha kami sia-sia....lantas jalan terbaik ialah...pulang awal......

 Rasanya ini adalah trip terakhir untuk anak buah ku ini bagi tahun 2012 ini.Kerana surat pekeliling untuk menumpukan  peperiksaan SPM sudah dikeluarkan ....heheheh
 Tabana yang ku sangkan Kurau....heheheh
Excotic.....


TRIP UDANG DI WESTON

Trip Udang kali ni merupakan trip kedua K.O.B ke Weston. Trip ini diatur oleh rakan seperjuangan iaitu saudara Ahmad Sura A.K.A Samoi dan Ust Mazlan . Mereka ni merupakan penyerang utama udang di Weston. Jika sebelum ni, aku pernah beraksi bersama saudara Hazlin dan Jumadi di Sungai Bukau,Weston namun trip kali ni aku dibawa ke Sg Penjamuran dan Sg Nabahan. Apa yang boleh ku kongsikan mengail udang memang memerlukan kesabaran dan ketenangan, namun hari ni udang kurang galak memakan umpan memandangkan keadaan air yang tinggi. Namun di saat-saat akhir....berlakunya saat kegembiraan apabila Uts Mazlan yang berpatner sama Sulaiman terjumpa lubuk BERGUMBIRA....dimana, turun saja umpan.....turun naik udang dibelasahnya, sehinggakan kami tidak sedar diri......mau magrib sdh.....heheheh

 Ahli Komplot Samoi, Manyih, Ajit, Ust Mazlan dan Sulaiman 
 Sais sebegini yang banyak Sulaiman tewaskan di lubuk Bergumbira. Seekor kudung seekor tidak
 Ajit pasti akan merindui aksi-aksi di Weston dan Bintuka kerana pada 14 Julai ni beliau akan berangkat ke Markas Petronas di Terengganu
Pemandangan Sg Penjamuran sama dengan Sg Ladang di Bintuka, namun penghuninya sangat berbeza.Di Sg Penjamuran udang jd penghuni utamanya tapi di Sg Ladang Unggah, Selungsung, Tembaring dan Kerapu jadi penghuninya
Sais yang sentiasa diidamkan oleh pemburu Udang Galah

 Double Strike