TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

DRAG WASHERS FOR SALE

Drag Washer K.O.B merupakan satu hasil kerja tangan saya yang diilhamkan setelah drag asal BC yang saya gunakan tidak mampu menahan asakan Monster. Terbaru, BC Daiwa Megaforce saya dibuli teruk oleh Tomman Monster. Berdasarkan pengalaman tersebut saya mengatur satu trip untuk menduga kembali lubuk Tomman tersebut bagi untuk mencuba drag washer yang saya buat sendiri dengan menggunakan bahan tahan lasak, hasilnya memang menakjubkan. Tomman bersais 3-6 kg hanya mampu menarik sedikit sahaja tali utama BC saya. Memang hebat drag Washer K.O.B ini dan jika drag diketatkan ketahap tertinggi.....Resiko joran patah dan tali utama meletup akan anda alami. Jika berminat mahu mencuba drag washer K.O.B ini, kaki caster boleh berhubung dengan saya @ K.O.B di Blog atau 012-8317476 dan drag Washer ini hanya sesuai untuk BC yang mempunyai Single Drag Washer seperti Abu Blue Max, Daiwa MegaForce, Team SeaHawk dan lain-lain ( RM 15 untuk satu Drag Washer ) dan untuk rakan-rakan disekitar Kota Kinabalu perkhidmatan memasang terus juga boleh saya lakukan



Drag Washer Mega Force lebih besar dari Drag Washer Abu Max
Drag asal Abu digunakan untuk panduan saiz drag


Inilah saiz drag washer BC Abu yang baru, lebih lebar dan kuat cengkamannya berbanding dengan drag washer yang asal


Drag Washer setelah dibentuk dalam pelbagai saiz

Bagi yang mahu membentuk saiz drag washer sendiri, saya juga menyediakan kepingan Drag yang anda boleh potong sendiri mengikut sais drag asal BC anda dengan menggunakan pisau atau gunting dan hanya lubang dibahagian tengah sahaja akan saya lubangi untuk memudahkan anda

TRIP TAKAT 360 PART II: Bermulanya Pesta Tenggiri

Jam 6.15 petang, setiba di Takat 360, Kapten kapal terus berlabuh di takat tenggiri, dimana sebelum ini pemancing banyak menaikkan tenggiri. Dalam takat ini hanya sekitar 45-60 meter. Hasil paling awal dinaikkan ialah ikan pisang-pisang, sekitar jam 9 malam aku sudah berhenti mengail kerana kena KICK gelombang Asmara. Namun pancing tenggiri ku tetap ku labuhkan kerana aku tidur di kerusi panjang dibelakang kapal berhampiran tempat ku duduk. Orang paling awal menaikkan tenggiri ialah tekong kapal sekitar jam 9 malam. Ini diikuti oleh si Bung denggan menggunakan Spinner, lepas tu giliran si Ampulur pula, baru tuan Kapitan dan diikuti oleh si Azam. Namun pesta tenggiri pada malam ni tidak berpanjangan, sekitar jam 12 tengah malam, tenggiri sudah menghilangkan diri. Ikan-ikan didasar langsung tidak galak memakan umpan pada malam pertama ini, hanya remy dan Murno sahaja yang berjaya menaikkan ikan dari dasar......


Remy dengan ikan kaci @ Lepih/Lepik pertamanya


Bung dengan Tenggiri 6 kg dengan menggunakan Spinner




Murno bertuah dapat ikan mahal....CUPIAmpulur dengan tenggiri 6 kg




K.O.B, walau pun kena KICK ...naik juga tenggiri...nasib baik seekor lepas....


Tenggiri jahat...habis disapunya line pancing kawan-kawan....namun ini adat biasa & kerja sama diantara rakan-rakan pada kali ni sangat tinggi dimana setiap kali ada pancing yang terkena tenggiri , rakan2 yang berhampiran akan pantas menaikkan pancing masing2 untuk mengelakkan perkara tenggiri jahat ini berlaku


Azam orang terakhir menaikkan tenggiri pada malam pertama


Remy dengan Kaci keduanya....Aksinya membuatkan aku melompat dari lena dan terus menolong menaikkan kaci ni......
Senang hatinya, malam pertama sudah dapat 3 ekor kaci walaupun ikan dasar tidak galak memakan umpan....dan inilah ikan terakhir yang memakan umpan pada tengah malam pertama

TRIP TAKAT 360 PART 1

Syukur alhamdulillah, Trip ke Takat 360 anjuran Team Ombak Biru berjaya dilaksanakan dengan kerja sama semua rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berhabis wang dan masa semata-mata untuk memenuhi hobi yang tidak kurang mahalnya ini. Pada Trip kali ini kami menggunakan perkhidmatan Kapal Sea Star II milik Jack dan Kaptennya Hendry, antara rakan-rakan yang Join ke Takat 360 kali ni ialah Remy, Sahur, Pian, Rodney, Hendry,Hadi, Murno, Bung, Azam, Azis dan Ust Samsuddin .Trip kali ni sepatutnya disertai oleh SNEK namun oleh kerana isteri beliau mendapat sedikit kecederaan sehari sebelum trip dan sedang sarat menggandung, beliau mengambil langkah bijak untuk menarik diri demi isteri tersayang.Namun sedikit kekecewaan saya alami, kerana ada ahli yang sudah yang beria-ia dari awal tidak memaklumkan penarikan diri lebih awal....malah terpaksa dihubungi berkali-kali untuk pengesahan tempat, ini telah menyusahkan penganjur, nasib baiklah ada rakan lain yang sudi join disaat akhir. Ini memberi pengajaran berguna kepada saya....Senarai Hitam...... , kami bertolak jam 12. 30 tengahari dari jety kota kinabalu dan sampai di takat 360 pada jam 6.15 petang......


Rod hand Made yang ingin diuji

Rod hand made kegemaran ku....lenturannya membuatkan tenagaku jimat






Inilah dia Ust Remu & Ust Shamsuddin



Jurutera Muda...Hadi Hamzah yang sudi Join diasaat akhir, sempat lagi membaca majalah sirip yang mempaparkan muka-muka caster Sabahan


Sahur @ Amli....sibuk menyiapkan perambut



Tuan Kapitan a.k.a K.O.B....Perancang Utama


Cool kau Jis

Tuan kapitan sebelum kena Kick

Azis @ C Otok. Tukan kait tenggiri


Rodney...ahli baru...sebulan 2 kali sudah ke laut dalam.....dan hujung minggu ni turun lagi....



Murno guru di SK Pulau Sepanggar


Senyuman untuk Lepik ka tu Mee


Jis kau liat sepupu mu ( Bung ) tu, berabis ia mengikat mata kail tenggiri


Azam paling Cool....stady kau Bro

30 minit sebelum berlabuh ditakat pertama....umpan sudah siap di hiris...tepat jam 6.15 petang kami sampai di takat pertama di takat 360

PESTA GERUNGGUNG TADAU KAAMATAN PART 2

Sehari selepas aku berpesta Gerunggung, sekali lagi aku turun ke Lawa-lawa untuk mengapil, berikutan hasil yang lumayan sebelum ini. Kali ini aku ditemani oleh Sahur, Din 707 dan Pok Che( rakan Sahur dari Selangor ). Namun sesi kali ni kurang memberangsangkan kerana arus mati yang menyebabkan ikan gerunggung kurang galak memakan umpan. Pok Che lebih berminat bermain jigging, dimana beliau beberapa kali mendapat sambaran dari anak Tenggiri namun rabut dan sekali sambaran dari ikan Lengkunis ( anak Yellofin Tuna ) yang banyak mengejar anak-anak ikan di tepi lawa-lawa........ Hasil kali ni boleh lah tahan walau pun tidak setanding hasil sebelumnya.....semoga enjoy dengan paparan yang tidak seberapa ini..TQ


Sahur tekun memasang umpan bilis untuk disajikan kepada gerunggung


Pok Che sanggup datang ke Sabah semata-mata mahu menerjah Bintuka dan sanggup membatalkan tiket balik ke KL semata-mata mahu join ke Lawa-lawa dan esoknya beliau terus ke Bintulu untuk Jigging dengan rakan lain disana...


Hasil hari pertama memang lumayan....
Hasil hari kedua boleh tahan saja


Malang tidak berbau...lantai yang dipijak patah membuatkan aku terjatuh pada hari pertama dan pada hari kedua si Sahur juga jatuh di Jeti yang sama kerana papan yang dipijak patah. Selepas 2 kemalangan tersebut...lantai jety terus dibaiki oleh Tangah Patera



PESTA GERUNGGUNG TADAU KAAMATAN PART 1

Trip sempena cuti Pesta Menuai ke lawa-lawa ini merupakan trip gantian ke Bintuka yang tidak jadi pada 30 Mei yang lalu. Jadi untuk memenuhi jadual memancing, Trip lawa-lawa adalah pilihan terbaik. Macam biasa lawa-lawa tidak juga akan menjanjikan kejayaan jika kita tidak berusaha mengesan kesusukan ikan. Malah faktor pasang surut juga banyak mempengaruhi ikan untuk menyambar umpan. Dalam trip kali ni, kami berpindah sebanyak 5 kali didalam lawa-lawa sebelum terjumpa kumpulan Gerunggung didalam lawa-lawa tersebut sekitar jam 10 pagi. Disini lah tahap kerakusan Gerunggung terselah(jika di semenanjung Gerunggung sekitar 300g-500g dikenali sebagai CENCARU KUDA) dan ini membuatkan aku, Tangah Patera dan adiknya ( Jali ) sibuk melayan gerunggung yang pantang melihat umpan bilis. Paling best, bila umpan sampai didasar terus diterkam oleh gerunggung, aku paling sukses, apa tidaknya ilmu Pisang sentiasa menjadi....Semoga rakan-rakan enjoy dengan Paparan K.O.B ini....TQ
Hasil awal pagi, Kirung-Kirung kadal merupakan ikan bermusim...Ikan buntal tu jangan tanya....faham-faham sajalah...

Jali sibuk melepaskan mata kail dari mulut ikan Yu Gami.....


Anak muda yang menjadikan laut menjadi sumber rezekinya, oleh kerana di Lawa-lawanya tiada ikan, dia singgah dilawa-lawa Tangah Patera dan Tangah Patera mempelawanya untuk sama-sama melayan Gerunggung "sekurang-kurangnya ada juga hasil jualan untuknya membeli minyak untuk meneruskan usahanya pada esok hari"....Inilah kata-kata Tangah Patera...saya Tabik....


Aku macam biasa, jika melayan Gerunggung mesti mengunakan set Khas untuk ke Lawa-lawa...Multi Plier kecil jadi pilahan dengan kekuatan Tali utama & Joran 20-30 lbs jadi pilihan




Hasil Jali


Hasil K.O.B




Hasil Tangan Patera


Hasil Tangah Patera & Jali yang sudah siap diikat untuk dipasarkan




Peace....dati K.O.B Tangah Patera sedang menghubungi Iparnya untuk mengambil ikan, untuk dijadikan jualan ikan Bakar di Pantai Kenangan Bongawan.




Bekalan untuk Pengunjung Warung ikan Bakar Pantai Kenangan...Jali sering membantu abangnya jika ada cuti.....