TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

JIGCAST BB GT DENGAN UMPAN BODO BODO DI TELUK TELUK VILLA, PUTATAN

Nama Teluk Villa wujud apabila perumahan Taman Teluk Villa Wujud .Namun bagi generasi baharu, nama Teluk Doronggon langsung tiada dalam fikiran mereka kerana nama ini sudah tenggelam oleh nama Teluk Villa . Di Teluk Doronggon, terdapat beberapa takat tuhur yang menjadi tempat permainan anak anak Gt untuk mencari makanan. Di Takat takat ini lah saya sentiasa strike bila datang musim memburu BB Bt. 
Sebelum ini kebanyakkan nelayan sampingan di Teluk Villa mencari anak anak Gt dengan menggunakan teknik tundaan dengan menggunakan bulu bulu dan tiada yang pernah mencuba dengan teknik Jigcast. Pada tahun 2010 apabila saya memiliki Bot, saya mencoba teknik ini dengan menggunakan Mini Jig seberat 12g...ia amat berkesan untuk menipu GT selain Popping.Selain Mini Jig, saya lebih taksub menggunakan Squit Jig yang saya gabungkan dengan skirt sotong, gabungan ini sangat mantap dan tidak mengecewakan, namun bekalan utk squit jig sangat terhad, kesukaran mendapatkan squit jig memberi ilham kepada saya untuk DIY Jig Skirt yang saya namakan Umpan Bodo Bodo .Umpan Bodo Bodo ini sangat mujarab di Takat ini kerana GT tidak memilih mangsa...asal bergerak pasti dia akan membahamnya sehingga dapat...

BB gt sebenarnya tidak memilih umpan...apa sahaja pasti digasaknya...yg penting kita mesti yakin untuk menggunakan umpan tersebut...ini petua yang penting dan sentiasa saya pegang...tidak semestinya umpan mahal baru Gt mahu membahamnya...

Bila becerita tentang teknik Jig Cast...pasti ada yang tertanya2 apakah teknik ini sama dengan teknik casting...jawapannya " Ia " cuma bezanya adalah umpannya...jika casting menggunakan Lure...Jigcast pula menggunakan Metal Jig yang ringan dan dilontarkan sejauh mungkin dan dibiarkan jatuh diparas tertentu berdasarkan kedalaman takat...Jika takatnya cetek seperti di Teluk Villa 3-4 meter...cukuplah setakat jatuh selama 3-5 saat dan terus dikarau pelan-pelan sambil dihinjut hinjut utk menghidupkan pergerakan skirt...Mesti diingat jika menggunakan JigSkirt...GT biasanya akan melihat pergerakan Skirt seolah2 benda hidup. Jika saya menggunakan metal jig, saya akan gunakan Jig seberat 18g-40g utk melakukan aksi Jigcast  bergantun kedalaman Takat tersebut...namun saya sangat jarang menggunakan metal jig di takat tuhur...
Ikan Todak @ Berusak juga tertipu oleh Umpan Bodo Bodo
Ikan Kerapu juga menjadi mangsa umpan Bodo Boda...namun jika mahu lumayan hasilnya..digalakkan menggunakan soft plastik di takat kerapu..pasti lumayan...
G1
G2
G3
Gambar 1,2,3 ...Bb Gt sangat mudah tertipu dengan My Pebrettt Squit Jig Skirt ( Black Silver )

BB Gt ini kena cukai oleh Black Tie Shark ketika menghampiri bot

Inilah Umpan Bodo Boda yang saya DIY setelah bekalan utk Squit Jig sukar diperolehi..Squit jig yg ada didalam Pic sampai sekarang masih disimpan kerana sayang mahu digunakan...Berat Jig Bodo Bodo ini hanya 20g manakala Squit Jig pula 18g & 23g

Abang ni terjerumus dengan teknik jigcast dan inilah lesin Jigcast nya...
G4


G5
G6
G7 

G8
G9
G10
G12
Gambar gambar dari G4-G12 membuktikan umpan Bodo Bodo yg hodo sangat mujarab untuk memikat Bb Gt di Teluk Villa