TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP SEMARANG ATAS

Trip kali ini merupakan trip 4 hari 3 malam ke Takat Semarang Atas dengan menggunakan Kapal Haji Elves. Apa yang Boleh saya katakan trip ini  Sukses walaupun ikan sasaran iaitu ikan Boneto tidak memumculkan diri hanya beberapa ekor saja yang berjaya diperolehi namun Ikan Ruby dan lain-lain banyak dinaikkan.Bagi diri penulis yang lebih dengan teknik Jigging, kedalaman takat yang mencecah sehingga 330 meter menjadi halangan untuk meneruskan aktiviti jigging...penat boss....ikan pun tiada menyambar. Namun apa yang menyeronokkan apabila ikan Langkunis @ Yellow Fin datang pada malam pertama sekitar 4 pagi..ini membuatkan saya bersemangat...apa tidaknya baru sahaja Jig 60 gram dilantarkan..jig terus dilarikan dengan PADU...dari jam 4.00-6.30 saya berjaya menaikkan ikan Langkunis sebanyak 13 ekor dan seekor ikan Boneto manakala 3 ekor tidak dapat naikkan kerana terlalu kuat dan lari kebawah kapal akibatnya tali utama bergesal dan putus . Berat ikan sekitar 2-3 kg sahaja. Dari 12 orang hanya seorang sahaja ahli yang join saya main jig dan dia berjaya juga menaikkan 2 ekor Langkunis.Untuk trip ini saya membawa 5 set Light Jigging dari Pe1.5 hingga Pe 3 sahaja dengan Sais Reel 3000-5000 sahaja dan Braded 20lbs-40lbs
Apa bila matahari muncul kelibat Ikan langkunis mula menghilang dan aku beralih ke arena bottom...namun saya tidak menahan..kedalaman 330 membuatkan mesin elektrik yg ku guna menjadi panas...takut mesin rosak saya memberhentikan aktiviti bottom, lagi pun ikan tidak galak memakan umpan. Dikalangan kami hanya Saudara Anas, Bapanya dan beberapa orang rakan yang lain berjaya menaikkan ikan Ruby ditakat dalam ini.

Di sebelah tengahari, saya mencuba pula kaedah popping, alhamdulillah..lontaran kedua pada sentapan pertama Popper Hinomiya 32g Red Head disambar terus oleh Dorado /Mahi-Mahi @ Lumadang dalam bahasa Berunai. Pertarungan dengan ikan ini amat hebat...Namun Rod Xzoga Pe3 ,Reel GTec 5000 dengan braded 40lbs dan Perambut Bosna 80fc 50lbs tidak mampu ditewaskan oleh ikan ini. Selepas ikan ini dinaikkan saya terus bersemangat...macam mahu tercabut tangan rasanya melontar popper tanpa henti..namun kelibat ikan ini tidak sudah kelihatan.   
*Anas dengan ikan cupi pada malam pertama
Pada malam kedua, rakan rakan sudah meramal bahawa saya akan berpesta lagi...namun sebaik sahaja lampu dihidupkan..kelibat sotong mula banyak datang...tiba-tiba sekawanan Ikan lumba-lumba mula berkampung di Takat ini...takat yang sama pada malam pertama. Ikan lumba-lumba seolah-olah tidak takut dengan kehadiran pemancing. Bayangkan sehingga matahari terbit, Ikan Lumba2 masih melakukan aksi mengejar sotong...akibatnya sekapal kami kumpau berdarah malam ini

#Saudara Dalkis antara campion dalam trip kali ini
*Penulis dengan Ikan Langkunis yang jadi penyelamat
Anas bolehkan dikatakan paling murah rezeki...5 ekor Ruby jadi miliknya
*Ruby terbesar 12 kg dinaikan oleh bapa c Anas pada kedalaman 300 meter dengan menggunakan Mesin Manual
*Inilah ruby si Anas yang menjadi hidangan tengahari kami apabila putus dan sangkut dibawah kapal...nasib selang beberapa minit Ruby ini timbul di sebelah kapal.
*Malas mau cakap...nanti kena cakap Riak...Popping brader
* Mcm mau tebuka sdh dawai utk hook tu
*Memang bernasib anak ani...yang bestnya hubungan Anas dan Bapanya macam best prennn...saling olok mengolok
*Ini Kawan juara sang keratang
*310 brader...malah sampai 330 ...panas mesin tarik batu ladung brader...terus ku down mau bottom...baik layan jig

*Memang campiun ini brader...
*Kalau mau Buat trip cal Hj ...cal terus jangan main orang tengah...
*Tambung di malam terakhir...hampir mangalun saja ni...Port singgahan sebelum bergerak balik ke Jeti pada jam 4 am
*TQ guys....next time boleh komplot lagi.