TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Selamat Tinggal 2014 dan welcome 2015

Cepatnya masa berlalu, tahun 2014 hanya tinggal beberapa jam untuk kita lewati. SYUKUR alhamdulillah tahun 2014 meninggalkan kesan suka dan duka bagi saya. Dalam arena memancing saya hanya dapat menaikkan 2 ekor gangstar yang cukup membuatkan saya tersenyum puas dan dalam kehidupan seharian, menjaga ibu tersayang yang sedang sakit cukup memberi kesan kepada ku dan menghadkan aktiviti pancing ku...moga Allah SAW menyembuhkan ibu ku...Amin. Kepada semua pengunjung Blog T.O.B, terima kasih atas kunjungan anda...moga anda akan terus strike mega dan sukses  di dunia dan akhirat. Akhir kata selamat tinggal tahun 2014 dan welcome 2015...dengan Strike yang lebih berdesuppppp....zrekkkkkkkkkkkkk...By: K.O.B



MEMBURU GT DENGAN TEKNIK JIGCAST K.O.B

Jigcast merupakan gabungan perkataan Jigging dan Casting...dimana aktiviti menjiging digabungkan dengan aktiviti casting.Dengan ertikata lain peralatan yang digunakan adalah  menggunakan set  micro & light jig..tekniknya casting. Jig harus dilontarkan sejauh mungkin...dan dibiarkan tenggelam berdasarkan kiraan...jika kawasan takat cetek 2-4 meter...kiraan 1-5 sudah cukup...kalau dalam biarlah jig jatuh sehingga separuh air...barulah dikarau...TEKNIK karauan haruslah slow sambil dihenjut-henjut, yang saya namakan teknik karauan 1,2....dua kali karau saya akan berhenti mengarau dan membiarkan jigskirt jatuh semula dalam kiraan 1,2...lepas tu saya akan karau semula dan teknik ini saya lakukan setiap kali saya menjigcast....Jigskirt seolah-olah bergerak dalam posisi berenang keatas dan kebawah. Jika anda mendapat sambaran dan misscal....jangan di karau jigskirt dengan laju untuk membuat lontaran baru...sebaliknya karau perlahan macam biasa dan buat henjutan perlahan...pasti GT akan menyambar semula
 Biasanya saya lebih suka menggunakan teknik jigcast di kawasan takat yang berkedalaman 2-4 meter, sebab GT suka memburu anak-anak bilis di kawasan ini..GT yang selalu menjadi mangsa Jigskirt saya tidaklah sebesar mana...cuma seronokdilayan dengan teknik jigcast. Selain GT..anak-anak kerapu juga selalu menyambar jigskirt yang saya gunakan
 Untuk memburu GT, saya lebih suka menggunakan Jigskirt. Dimana ini adalah ilham saya sendiri. Kepingan Jig sotong saya gabungkan dengan skirt sotong  seperti dalam gambar....memang sangat berkesan. Rahsia ini sebenarnya sudah lama saya sembunyikan...memandangkan artikel saya sudah keluar di Majalah Pancing...tibalah masanya untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan serta peminat Jigcast yang ingin mencuba. Selain kepingan Jig sotong, batu ladong juga boleh digunakan untuk membuat jig skirt. Selamat mencoba....ini bukanlah yang terbaik















MAJALAH PANCING SEPTEMBER 2014: MENCARI STRIKE KANAI KALABAKAN

Gambar2 di bawah merupakan trip my brother Dahali bersama Mr Badul dan Tato di Kalabakan Sabah, yang telah diterbitkan di Majalah Pancing untuk bulan September 2014 yang lalu. Memang sangat2 menjelouskan gambar2 tersebut...apa-apa pun tahniah kepada mereka bertiga kerana sukses dengan strike Kanai Kalabakan walaupun tiada Kanai Monster yang sudi berjumpa mereka. Ini mungkin kerana air sungai yang keruh dan surut yang melampau...
 My Brother Dahali
Apa yang jelas, kejernihan air sungai sangat mempengaruhi warna Kanai...jika diperhatikan Kanai d sungai yang berair jernih akan lebih terang dengan warna asalnya manakala Kanai di air keruh akan semakin pudar dengan warna penyamaran

 Mr Tato

 Mr Badul





K.O.B CUSTOM MADE: ROD CASTING

Rasanya sudah lama saya tidak mempaparkan aktiviti Custom Rod. Sebenarnya sudah berpuluh-puluh rod casting 4.8 kaki saya custom untuk rakan-rakan yang meminati Rod K.O.B Style yang lembut dan pendik bagi memudahkan pergerakan pergelangan ketika melemparkan gewang. Rod pendik amat sesuai untuk aktiviti botbase casting .  Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk melemparkan gewang, anda tidak perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melemparkan gewang...cukup sekadar menggunakan pergelangan. Gambar rod yang dipaparkan merupakan rod untuk kegunaan sendiri Pe04-08
 Proses membuat butt...dari sebatang menjadi 3 komponan
 Butt bahagian bawah sekali
 Butt bahagian depan dan belakang reelseat
 Sesudah siap di bentuk
Butt Pemegang.. Test try...
Butt Bawah.. Test try....
 Bahagian Depan...test try

 Double Butt...Test Try
 Sudah di tacap...ring penutup eva bawah dr silver menjadi merah
 Ini pun sama ring penutup eva pemegang dari silver menjadi merah
 Ini pun sama merah juga penutup eva depan sekali
Inilah kejadiannya...Cuma ini belum siap 100%...nanti saya akan kongsikan lagi....

Candat Sotong edisi Blog bukan Majalah Pancing

 Sotong merupakan spesis bermusim dan hanya akan dapat di candat dengan mudah  bila musimnya tiba. Musim sotong akan bermula sekitar bulan Januari hingga Mei.  Biasanya di Bongawan, sotong kalabutan merupakan spesis istemewa, kerana ia hanya boleh dicandat dengan menyediakan pusat persinggahan atau rumah sotong yang dibuat dari daun nipah yang dinamakan Lawa-lawa Budai. Sebenarnya artikel sotong ini sudah pun di terbitkan dalam majalah Pancing bulan Februari yang lalu. Namun saya belum berkesempatan berkongsi gambar dengan pengunjung-pengunjung Blog T.O.B. Mencandat sotong di lawa-lawa budai memerlukan kemahiran, bukan seperti mencandat sotong Jarum pada waktu malam. Di Lawa-lawa Budai, skil mengesan sotong memerlukan pengetahuan tentang berapa beringkat jumlah daun nipah yang di ikat didalam air. Biasanya sebanyak 7 batang daun nipah diikat secara berperingkat untuk menjadi tempat persinggahan sotong. Jika udang-udang/ candat sotong tersasar dari daun nipah, sotong tidak akan menerkam candat.
Lawa-lawa budai utk sotong & Tangah Patera menyediakan Ikan Palsu untuk menunda ikan Duai @ Bawal sebelum di selambau

 Pengalam mencandat sotong kali ni merupakan pengalaman yang adan sukar saya lupakan. Apa tidaknya, pada trip kedua kami terkena ribut yang menyebabkan laut sangat bergelora, berkabus / memutih sehingga daratan tidak nampak. Jarak pandangan hanya sekitar 5 meter. Malah bot kami hampir2 terbalik dipukul alun besar.Lebih menakutkan apabila tangah patera sukar mengesan kedudukan daratan dalam keadaan yang sangat bergelora. Ini membuatkan aku sangat ketakutan dan mengigil...aku terus teringatkan anak bini ku dirumah...alhamdulillah syukur setelah hampir sejam meredah gelora akhirnya kami selamat tiba di muara sungai bongawan dalam keadaan basah kuyup...





Sotong terbesar dan terakhir sebelum laut bergelora & angin kuat
Warna hijau paling digemari oleh sotong di lawa-lawa tangah Patera

Awan & Angin jahat sudah datang...laut mula bergelora dan waktu nilah kami terus meninggalkan lawa-lawa sotong...

Senang hati bila tiba di muara sg Bongawan dengan selamat
Dalam perjalanan Si Fuad tidak henti-henti menimba air didalam bot