TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP BERSAMA OTAI TEMBARING-Abg Wan

Dalam paparan kali ni, saya ingin memperkenalkan seorang rakan casting baru yang sudah lama menetap di Sabah. Beliau yang saya maksudkan ialah Abg Wan. Beliau yang sudah lama menetap di sabah terlalu mencintai hobi memancing. Sebab itulah saya anggap beliau Otai Tembaring kerana beliau sudah menaikkan berpuluh-puluh ekor tembaring semasa beliau menetap di Tawau...Sg Kelumpang, Balung dan yang hampir dengannya sudah habis beliau masuki untuk memburu tembaring. Cuma teknik sahaja berbeza. Jika dahulu Bottom dan Trolling menjadi mainan Abg Wan, kini casting menjadi kegilaan beliau. Menurut beliau kenapalah sewaktu di tawau beliau tidak terfikir bermain dengan set casting untuk memburu Tembaring....padahal waktu awal 90-an, tembaring sangat banyak di Sg Kelumpang, Tawau. Pada saat paparan ini ditulis, abg Wan balik ke tawau untuk menduga Tembaring dengan set castingnya. Gud Luck Abg wan......Dalam trip ini ada antara ikan yang tidak digambar kerana ia dari spesis kerapu hitam saja....macam biasalah bukan senang untuk mendapatkan strike.....namun tahniah untuk abg wan yang semakin gila casting...heheheh
 Ungah seawal pagi yang garang menerkam R2C ku
 Sumpit-sumpit ni menjadi penghalang  untuk Ungah menerkam gewang...apa tidaknya, jatuh saja gewang dia dahulu yang menerkam....akibatnya 2 ekor Ungah hanya sempat mengiringi Sumpit-sumpit ni naik ke bot....tekejut kami melihat ungah tersebut
 Hasil trolling pertama, setelah titir bagak ku lepas semasa mau disauk....gewang menyangkut di tepi net sauk....
 Hasil trolling ke 2
 Hasil casting di Sg Pongol
 Kerapu di Bintuka semakin memilih....mau soft plastik saja sekarang ni....
 Hello Pren...makan rambutan ya....awas.....jika diberi sekali pasti Pren ini akan mengikuti anda sepanjang tebing sungai....
Udang zerek sangat sesuai untuk memburu kerapu dengan mata kail yang tersembunyi....lempar saja pasti tidak sangkut

POPPING BELAKANG RUMAH

Trip Popping lepas kerja pada 11.12.2012  di belakang rumah rupanya menjadi racun kepada diri ini apabila seekor Baracudda Sirip Kuning seberat 5.7 kg menyambar Popper murah ku. Sebelum ni saya pernah menaikkan spesis yang sama seberat 4.2 kg yang menyebabkan gewang duel ku terbelah. Namun aksi kali sungguh berbeza. Aku menggunakan set ringan - Rod Jigging Giant King Pe 0.8-2, kekili spinning Team Sea Hawk 1000 dan tali utama Power Pro 20lbs dan Popper Murah jenama Hinomiya. Sungguh manis aksinya...sungguh lama ku menanti aksi ini, best bila mendengar bunyi Zettttt......bunyi yang dirindui, lariannya memang power...aksi hampir 4 minit membuatkan tangan ku lenguh. Inilah bezanya diantara set BC dan Spinning....bunyi dari spool tu yang mahal bila mangsa memecut........Cuma sayang sungguh muara dibelakang rumah ni...terlampau banyak sampah yang terdampar oleh masyarakat sekitar yang tiada perasaan  menyayangi sungai mereka....

 Panjang Baracudda ni sama dengan 3 ruas bambu
 Nasib baik ada budak yang sudi mengambilkan gambar-gambar ini...tulah blur-blur....yg penting ada bukti...heheheh
 Lenguh tangan mengangkat...baru 5.7 kg
 Aksi gembira
 Mau diangkat tinggi-tinggi baru boleh nampak semua...tp ekor tetap nda nampak...heheheh


Buta terus Popper ku ni....sudahlah buta...bocor lagi oleh gigi Baracudda...Balik modal sudah...harga baru RM6

PERKONGSIAN TEKNIK MENSERVIS KEKILI

Dalam paparan kali ni saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pemancing yang berminat untuk belajar cara-cara selamat men-servis kekili. Bukan apa, sehebat manapun seseorang tukan servis kekili itu, pasti ada masanya dia akan terlupa tempat kedudukan part di dalam mesin pancing tersebut. Bagi yang baru belajar, gunakanlah panduan /manual part yang disertakan semasa membeli mesin pancing sebagai panduan belajar. Gunakan ia sebagai rujukan untuk belajar dan fahami tentang kedudukan part serta buat emejinasi tentang kedudukan part dan setelah itu barulah belajar membuka part satu persatu dan susunkan ia mengikut kedudukan dari 1 hingga yang terakhir. Bila hendak memasang semula pastikan anda bermula dari part terakhir sehingga yang pertama. Semasa memasang pastikan anda merujuk panduan part kekili. Bagi kekili lama atau klasik, gunakanlah camera untuk merakamkan setiap sudut yang anda buka. Lakukan langkah demi langkah. Bukan apa, sehebat mana pun pakar servis tersebut, pasti dia akan mengalami kesukaran jika mesin tersebut tidak pernah dibukanya. Merakam gambar adalah langkah terbaik dan akan menjadi rujukan jika ada masalah. Jika takut mahu membuka kekili anda, langkah terbaik adalah merujuk rakan anda yang pakar/mahir tentang buka-membuka  kekili

Percaya atau tidak kekili RYOBI SLE made In Japan ini sudah berusia 25 tahun. Sungguh mengkagumkan saya, walaupun sudah berusia dan luarannya lusuh namun dalamannya sangat hebat. Drag sangat kuat dan ball bearingnya masih stady...kalau Made In japan hari ni....susah mau cakap...harga saja meletop-letop

 Beginilah cara yang selamat...rakam gambarnya
 Lepas tanggalkan part pertama gambar lagi
 Buka skru pun harus dirakam gambarnya
 Bukan apa untuk menjadi rujukan jika ada kekeliruan...
 Simple saja dalamnya kekili ni...tapi mantap
 Ini pun harus digambar...mana lah tahu spring tertanggal boleh juga gambar ini menjadi rujukan
 Karat hasil dari air masin....hanya sekeping sahaja washernya berkarat, itupun kerana washer tersebut bukannya dari stanless stell

 Letakkan part washer drag mengikut kedudukan untuk mengelakkan kekeliruan ketika memasang semula
 Jangan ikut teknik ini, main ampai saja....ini hanya sekadar paparan contoh tidak selamat yang membolehkan anda mengalami kekeliruan ketika mahu memasang semula

Ready untuk beraksi semula. Pemiliknya mahu menggunakanya semula untuk menarik Black Bass di Tawau. Bagi saya, baik kekili ni disimpan  jadi bahan kenangan terindah. Kerana generasi yang akan datang tidak akan terjumpa lagi kekili ni. Rasa bertuah saya dapat menservis kekili ni