TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Daiwa Sealine Hi-Speed Murah dan Berbaloi

Senjata terbaru untuk digunakan ke Bagang & Lawa-lawa untuk menggantikan Shimano Crosair ku,memang berbaloi untuk aksi ringan.Bukan sahaja kecil tapi laju dan kuat.











Rezeki tidak selalu murah ( 22.5.2010 )

Atas kejayaan trip kelawa-lawa minggu lepas,sekali lagi Geng dari Team Keruak minta aturkan trip ke Lawa-lawa tangah patera & trip kali ini turut disertai oleh En Manan ( Pegawai Lembaga Koko Sabah ) dan Din707 ( usahawan muda yang sedang meningkat rezekinya ) yang tegar memancing dan casting.Perjalanan kami bermula seawal jam 5 selepas subuh dan dan sampai ke Bagang jam 5.15 subuh


Biasalah bila jalan awal saur jadi tukang suluh

Sesampai dibagang,K.O.B mula menjalankan tugas memanjat bagang untuk meminta umpan,namun bagang pertama yang dinaiki hanya mampu memberi sedikit umpan dan tidak cukup untuk kami berenam.Maka Tangah Patera terus menuju bagang kedua namun pekerja bagang memberitahu mereka tidak memperolehi bilis dan kami terus menuju bagang ketiga,keempat dan keputusan tetap sama mereka tidak memperolehi bilis,lalu kami menuju ke bagang kelima yang nampak jelas menyaukbilis dan K.O.B terus naik dan syukur kerana anak-anak tempatan ini bermurah hati untuk memberi semua 1 bakul bilis yang baru diperolehi untuk umpan kami
K.O.B dengan hasil ikan putih yang cedera...
Setelah selesai mengambil umpan kami terus menuju lawa-lawa,namun kami keliru kerana lawa-lawa yang sentiasa tegak sudah tiada.Namun Dahali dengan menggunakan kurnia mata keruaknya terlihat 3 batang bambu yang hampir tengelam dan sahlah itulah lawa-lawa tangah patera
Saur dengan ikan sulit yang sukar diperolehi pada hari tu
Dimana kesemua bambu telah tenggelam oleh arus yang melampau sehingga menyukarkan kami untuk mengail.Selain arus yang kuat kami juga disambut oleh alun dan bunga lapang ( ombak akibat tiupan angin ) yang kuat

Manan dengan todaknya
Oleh kerana arus yang melampau aku mengambil keputusan untuk berehat sambil menikmati makanan yang ku bawa dan geng-geng yang lain tetap setia melayan joran masing-masing dan dan putih paling banyak naik pada hari tu.Jam 11 am kami berpindah kelawa-lawa bekas bagang roboh dan disini pun beberapa ekor ikan putih dan sulit telah berjaya dinaikan dan pada jam 12.00 t/h kami mengambil keputusan untuk pulang kerana bunga lapang semakin besar dan perahu sentiasa perlu ditimba kerana dimasuki air.

Tangah Patera nelayan tradisional yang menyara keluarganya dengan hasil laut

Hasil beliau diawal pagi

Manan...aksi romantik dengan payung yang disediakan oleh K.O.B

Dahali dengan jungkutnya

Din707 dengan putihnya...

Trip Rayme & Uncle Bombastik ke Bagang ( 15.5.2010 )

Bro kamu lihat c Remy ni....sebelum mengail ke Bagang, ke Mesir ia dulu meminta petua mengail dari Firaun

Ini lah hasil petua dari Firaun anak jemuduk

Uncle Bombastik pula mendapat Lumading.....sanang hati

Kerisi pulau gaya memang banyak dibagang....dikala sunyi inilah pengubat rindu.....

Lumayan....hasil di Lawa-lawa

15 Mei 2010 menjadi kenangan hari ini dalam sejarah apabila anak dagang pak malau @ sahur dan Dali join K.O.B ke lawa-lawa untuk mengail.Seawal pagi kami sudah bersedia untuk bertolak ke Bagang untuk mendapatkan umpan anak ikan bilis.Selepas selesai meminta umpan kami terus ke lawa-lawa
Sahur sedang menyuluh buaya....hehehehe...bukan bah....menyuluh tebing sungai untuk memudahkan Bot man mengemudi bot
Keluar sahaja dari muara jelas nampak lampu bagang berderit ditengah laut Teluk Kimanis

Kami sedang menghampiri bagang untuk meminta umpan dan kehadiran kami disambut oleh alun laut yang besar-besar dan ini menyukarkan operasi untuk naik ke Bagang

Bukan senang mahu memanjat bagang...masih ku ingat sewaktu pertama kali memanjat bagang lutut ku bergegar kencang sewaktu berada diatas titian bambu diatas bagang dan inilah salah satu kemahiran yang perlu dikuasi untuk memperolehi Ijazah Nelayan di Bongawan

Ini kerana jika anda tidak melalui proses ini,ijazah nelayan Bongawan anda belum lengkap dan bagi saya,ini merupakan kemahiran sejati hasil keberanian setelah sekian lama belajar untuk mendapatkan Ijazah Nelayan di Bongawan.Untuk memperolehi Ijazah nelayan bukan sehari dua,tapi bertahun
Bagi yang belum berpengalaman,jika anda disuruh mengambil umpan ke atas bagang,pastikan sewaktu mahu turun ke perahu,pastikan perahu diangkat oleh alun dahulu dan dengan pantas turunkan kaki ke lantai perahu...ini pasti akan selamat

Jam 6 pagi Saur dan Dali mula sibuk melayan joran...
Hasilnya.....taklah besar sangat...tapi set ringan yang digunakan cukup memberi kepuasan kepada Saur

Ini yang bikin panas...aku minta ambil gambar pun diorang tidak layan....sibuk Bro,ikan tengah menganas ni.Terpaksa ambil gambar ikan saja

Gerunggung antara yang menjadi habuan hari tu,tetapi kurang

Jam 7 baru aku mula mengail sulit...sebelum ni aku sibuk melayan ikan merah...mula-mula 3 ekor lepas tu 4,5....rekod 6 ekor oleh Saur

Full House.....puas hati ku Bro....2 atau 3 ekor menjadi tangkapan biasa pada hari tu

Hasil tong K.O.B...paling banyak walau pum bermula agak lambat...tapi ijazah nelayan yang dimiliki mengatasi pemancing yang baru mendapatkan Diploma nelayan

Hasil dari tong Dali

Hasil dari tong Saur...lain kali bawa tong besar sikit ya....melimpah

Inilah hasil kami memancing dari pagi hingga 11.15 pagi...syukur kerana bukan selalu mendapat hasil lumayan begini

First Time Ke Bintuka ( 8.5.2010 ) MJ jadi mangsa

Pertama kali mengail ke Bintuka memang mengelirukan,sungai yang bersimpang siur pasti menyesatkan jika bersendirian...itulah luahan Remy yang pertama kali mengail ke Bintuka atas ajakan Ustaz Bidin dari Beaufort.Syabas walaupun terlalu sibuk dengan urusan pelajar-pelajar untuk ke Mesir namun memancing tetap nombor satu....Jangan lupa bawa ku ke Mesir tahun ni yaaaaa...hehehehehe

Hasil di Lawa-Lawa @ Unjam Ikan

Trip kali ni menjadi kalam kabut gara-gara patner terlajak diatas katil,nasib baiklah Tengah Patera sudi menunggu.Seawal jam 6 pagi kami sudah berada dibagang untuk meminta umpan daripada pekerja bagang.Oleh kerana bulan masih terang tidak banyak bagang yang berjaya memperolehi hasil anak-anak @ bilis,kami bernasib baik kerana bagang terakhir yang saya naiki masih ada sebakul anak bilis yang tidak dimasak kerana dapurnya rosak dan ini membuatkan Tengah patera gembira kerana bila terlambat memang payah untuk mendapatkan bekalan umpan.Selepas mendapatkan umpan kami terus berlabuh dibagang,namun tiada hasil dan kami terus pindah ke bagang kedua,hasil tetap sama...langsung tiada sentuhan pemangsa.
Lalu kami pun berpindah ke lawa-lawa bagang roboh dan Ikan putih ini lah hasilnya.Di lawa-lawa bagang roboh ni begitu banyak ikan pisang-pisang bersais 500g kami naikkan dan disini juga saya sekali lagi Revo salty Stage ku mendapat sambaran kasar namun tidak berjaya dinaikkan kerana perambut 30lbs ku bergesil dengan bekas struktur bagang
Selepas di Lawa-lawa bagang roboh kami terus ke lawa-lawa besar di laut membakut dan disinilah Lumading begitu banyak berkeliaran di lawa-lawa ni tetapi sombong tidak mahu menyentuh umpan hidup...snek saja bernasib baik kerana apollo snek terkait di hidung lumading

Ikan temenong juga banyak dan besar-besar,gerunggung @ cencaru juga banyak,malah anak ikan sulit sebesar 700g juga banyak kami naikkan dilawa-lawa yang pernah suatu ketika dulu aku merasa sengsara membuatnya.Namun gambar tidak banyak diambil kerana masing-masing sibuk melayan kail



Trip Bintuka 1 May 2010 (Hamburan buaya disangka Selungsung )

Inilah trip lawak Bintuka paling lawak ku rasa selama trip ke Bintuka.Bermula dengan sakit perut...buaya dan bot kondem ditengah jalan.....jam 4.30 setelah aksi bottom tidak menjadi ,K.O.B dan Saur memulakan acara casting dengan membiarkan enjin bot hidup untuk melawan arus dalam perjalanan pulang ke Jeti Hj Kumit.Tengah kami asyik casting...satu hamburan air dengan bunyi kocakan yang kuat telah mengejutkan K.O.B...apa lagi c Saur terus.....ceeeepattttt.....K.O.B fikir cepat dekat dengan kawasan hamburan tu...apa lagi....dihampiri lah...dan siap matikan enjin dan suruh C Saur cepat buang sauh.....apalagi C saur yang masih tidak terkata-kata masih lagi tapi keluar suara ceeeeepattttt lari......tangannya memberi isyarat mulut buaya...apalagi K.O.B terus start enjin dan terus chow...rupanya C saur ternampak buaya besar terjun dari tebing pokok....
Namun itu satu kebetulan saja.....ini lagi lawak...selepas terjumpa buaya kami terus chow...takut hujan konon....siap tegur bot mati yang kena tunda lagi....separuh jalan tiba-tiba bot kami pula yang mati.....apalagi berkali kali di start...langsung tidak mahu hidup...last-last kami tersadai ditepi sungai.Untuk tutup line takut bot yang kena tunda tadi tegur....kami memulakan acara makan ditengah hujan.Kalau bot tu tegur "Kenapa" kita jawablah Bro...Makan...hehehhe.......Last datanglah Din dan Dali...dari jauh lagi kedengaran suara c Din..MAKAN diorang...c saur terus mahu tersembur nasi dari mulutnya....
Ini lagi satu hal....atas pokok bakau pun mahu betelepon...kah.....

Ialah sayang...abang sakit perut tadi...ni masih lagi kat pokok ni...K.O.B tengah ambil ni....heheheh

Inilah hasil ku....enjoy yang penting...hasil mana-mana pun sama kalau tiada rezeki

Saur memang raja sumpit-sumpit...bila kebintuka memang tidak mis memancing sumpit-sumpit

Katanya isterinya suka ikan ni...sedap

Ini kalau bukan pasal mantua ku...inda ku ambil....

Ini yang membuatkan saur senyum lebar
Ini pula.......

Lepas lah jawabnya.......Bro
Walau pun hasil tidak berbalui...bagi diri ku....sebagai pemancing ini merupakan adat ...yang penting aku tetap aku seperti dulu....yang tidak bisa mengeluh kerana aku tahu memancing bukan setakat mahu mendapatkan ikan...Memenuhi naluri ingin memancing tu lebih penting baru ikan....kalau tidak dapat turun....pasti resahhhhhh