TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MEMBURU PERMATA BIRU SG KOTA KLIAS III

Kesibukan masa selama 2 minggu dan ditambah dengan saat kritikal apabila ayahnda dikerjarkan dihospital Papar dan terpaksa ditahan di Hospital Papar selama seminggu membuatkan aku tidak berkesampaian untuk mengaplot Blog Team Ombak Biru. Kesempatan yang ada hari ni aku gunakan untuk mengaplot aktiviti T.O.B yang terbaru. Ini merupakan aktiviti memancing udang pada 16.7.2011 yang lalu, iaitu 11 jam selepas menjejakkan kaki di rumah setelah selama seminggu berada di Kuala Lumpur. Pelawaan rakan baik saya iaitu Mr Mituddin, terus saya sahut dengan gembira.Maklumlah sudah beberapa bulan tidak menarik udang galah sg kota klias, Beaufort. Namun oleh kerana keadaan pasang surut yang tidak cantek dimana kadar pasangnya terlalu deras mungkin menjadi penyebab udang galah kurang galak memakan umpan.Jam 2 pm aku meminta izin untuk kembali ke Jety dan Mr Mituddin terus menghantar ku ke Jety untuk balik ke KK dan beliau bersama iparnya meneruskan misi mereka memburu permata biru sg kota klias. Untuk Mr mituddin, terima kasih atas pemberian udang tempah hari, semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhir hayat......semoga enjoy dengan paparan K.O.B ini...terima kasih kerana melawat Blog T.O.B


Permata biru pertama yang berjaya saya naikkan
Setelah lubuk-lubuk utama tiada sambutan kami menyusuri laluan singkat yang sempit untuk lubuk laba

Laluan memang sempit,hanya yang mahir dan mengetahui laluan ini sahaja yang akan tahu dimana kedudukan laluan singkat ini


Menyusuri bawah kayu kena berhati-hati, takut ada Tali Pinggang sedang menunggu mangsa....heheheheh


Udang bertelur antara mangsa yang paling banyak dinaikkan oleh Mitudin dan Iparnya


Ikan Leliwa @ Baung Akar merupakan ikan pengacau yang paling banyak membuat rondaan


Disangkakan sepit udang Monster.....rupanya-rupanya rumag udang yang naik....


Nah....main jauh-jauh....

Permata biru kedua setelah setengah hari menunggu

Walau macam mana pun keadaan air, Mr Mituddin tetap juara, walau pun kurang menaikkan sepit biru, namun udang sais sebegini banyak menjadi habuan beliau


Kalau sais sebegini bolehlah dibuatkan lauk...tapi aku tidak pandai makan ikan leliwa ni....walaupun harganya mencecah rm 30 sekilo & aku bercadang untuk memburu ikan ini di Sg Bongawan yang mempunyai stok Leliwa yang banyak dan besar-besar untuk dipaparkan didalam blog T.O.B


TRIP TAKAT 360 : Part Akhir

Bila Tenggiri mahu dipujuk dengan Jig, kami jadi sibuk. Teknik Jigcast sangat mujarap untuk memperdayakan tenggiri. Kami berkengkang mata semata-mata mahu menikmati tarikan tenggiri. Walau pun banyak sambaran, namun banyak juga yang rabut. Namun nikmat melayan tenggiri yang jarang-jarang ditemui akam memberi kenangan indah kepada semua rakan-rakan yang pertama kali melayan Tenggiri dengan Jig


Selepas tenggiri, titir pula jadi mangsa Jig ku



Gambar dirakamkan selepas Tenggiri menghilang sekejap


Ajis paling terkaran...apa tidaknya, pertama kali melayan Tenggiri dengan Jig


Memang Best, aku hanya menggunakan Set ringgan dengan tali utama 30lbs dan Berat Jig 100g-120g


Jig Ajis pada malam tu paling banyak kena hentam, namun banyak juga rabut


Tuah badan, satu-satunya kerian yang berjaya dinaikkan oleh si Azam
Anak keratang terakhir yang berjaya dinaikkan oleh Ust Sudin


TRIP TAKAT 360 PART III: Bermulanya Pesta Tenggiri

Disebelah pagi, keadaan ombak sudah mula reda, dimana sepanjang malam kami dibuai oleh angin dan ombak yang selari dan menyebabkan kapal Sea Star II yang besar berlenggang gelek macam Inul. Keadaan ini membuatkan tong ikan ku bergerak ke kiri dan kanan saling berganti. Aku apa lagi....kena KICK ....baik tidur. Alhamdulillah disebelah pagi keadaan ku stabil semula....nasib baik tidak berpanjangan....nyasal ku nda makan ubat yg ditawarkan oleh si Sahur,lain kali makan ubat....heheheheh. Sebaik sahaja matahari muncul, Kapten membawa kami ke Takat 200 Meter, dimana ia mengambil masa 2 jam perjalanan. Takat 200 M ni kaya dengan Ruby namun setelah melabuhkan umpan, hanya anak ruby sebesar 2 jari dan ikan-ikan kecil sahaja yang berjaya kami naikkan. Walaupun berkali-kali pindah takat di takat 200 m ini keadaan tetap sama, ikan-ikan besar tidak mahu menjamah umpan...Disebelah malam pula kami berlabuh ditakat 40m...dan kesudahannya...aku, bung,sahur, Ampulur,Ajis...langsung tidak tidur kerana sibuk menJIG tenggiri...dipendikkan cerita malam ni tenggiri makan gila....cuma banyak yang tidak dapat dinaikkan kerana putus, malah ada yang sudah digantung jatuh semula ke air dan macam-macam ....hanya 20 ekor tenggiri sahaja berjaya kami naikkan malam terakhir ni




Ikan tetanda & kerapu bara dinaikkan dengan menggunakan teknik ilmu pisang




Pada kedalaman 40m, kerapu biasanya akan bermaharajalela, namu kali ni kureng....

Rodney dan Ust Sudin

Time ni baik Tidur....on the way ke lubuk




Makan kau Jis.....pengalaman kedua makan dikapal


Ampulur dan Remy......aku kembang liur bila si Ampulr cakap" aku kenal ikan yang kena masak ni ".....terus aku nda jd makan.....baik makan maggi

Bila malam melabuhkan tirai.....Azam " The Lucky Man " orang paling awal menaikkan tenggiri sekitar jam 7 pm


Inilah dia si Belalang ( anak kapal )dengan Tenggirinya


Mr Sahur paling happy, apa tidaknya beliau sukses kasi makan tenggiri dengan Jig...malah waktu kasi tunjuk ajar ku sifu sama si Rodney, masa tu lah tenggiri hentam Jig nya....strike.......Lucky......


Bung paling awal menaikkan tenggiri dengan menggunakan SPINNER Jig

Remy tetap gumbira......selepas kaci, tenggiri pula jd habuannya....malah beberapa kali kailnya putus & ada yang terlepas bila mahu dicangkuk


Aku paling banyak kena hentam tenggiri......namun banyak juga yang rabut....nantikan laporan terakhir pada minggu hadapan...terima kasih atas kunjungan anda ke Blog T.O.B...by me K.O.B