TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP DI SG AWAN NANO

Seminggu selepas aku merasa bahang sindrom tarikan ganas yg sukar dilupakan, aku dipelawa oleh Bro Suhairi untuk casting di Sungai Awan Nano ( Tidak tahu nama sungai namun ada seorang pengail yang rambutnya serupa Hafis penyanyi Awan Nano sedang mengail di sungai ini, jadi saya namakan trip ini Trip di Sg Awan Nano ). Dimana sebelum ni beliau sudah 2 kali datang di Sungai ini dan hasilnya sangat menterujakan pengcaster. Ini membuatkan aku sanggup melupakan trip ke Bintuka seketika untuk merasai tarikan MJ disana yang dikatakan ganas.Apa yang diperkatakan memang benar....aku sendiri merasa tarikan tersebut yang menyebabkan gewang keramat warna kuning ku melayang sekali lagi bersama perambut 50lbs....memang syok gila bila mendengar tali 30lbs ku keluar dari spool....zettttttt.....zettttt....zetttttt. Drag yg ku set sekitar 70 % masih mampu ditarik MJ bagak yang sudah menampakkan diri namun ia berjaya memutuskan perambut 50lbs ku apabila ia menjunam ke batang bangkar yang ada didasar .....Ini membuatkan aku dan Bro Suhairi terus meningkatkan usaha untuk menawan MJ dan akhirnya aku mendapat seekor MJ dan seekor kerapu bintik manakala Bro Suhairi juga berjaya menawan seekor MJ
Mj yang ku tewaskan dengan ikan emasBiasanya Warna emas ni sesuai di air yang berwarna hitam namun dikala ni air di sungai ni keruh

Kerapu bintik

Apakah nama udang ni....yang pasti ia digunakan oleh pemancing tempatan untuk dijadikan umpan

AUSTRALIA

SEKALUNG TAHNIAH DAN SELAMAT BELAYAR UNTUK MU DARI ORANG YANG MENYAYANGI MU( Semua keluarga , Saudara mara & Rakan-rakan di BCC ) Setelah hampir tujuh bulan bercuti dari pengajian akhirnya anak buah ku Muhd Afif Afiq Abdullah @ Apik kembali menyambung pengajiannya Engineer diatas kapal kargo. Jika sebelum ni beliau dihantar ke Canada untuk belayar dari Canada ke Amerika, Afrika terus ke Singapura lalu balik ke tanah air sendiri. Kali ni beliau bertuah kerana akan terbang ke Australia ( 9.3.2012 ) dan akan memulakan pelayarannya dari sana ke negara-negara ASIA untuk 6 bulan lagi. Untuk Apik jaga diri dan pandai-pandailah menahan rindu casting tu untuk sementara waktu......