TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

GAMBAR-GAMBAR CASTING SKIL BINTUKA DARI MAJALAH PANCING DIS 2013

Antara Gambar2 yang di paparkan dalam majalah pancing Dis 2013, dari 30 keping yang dihantar...Saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang tidak terpilih gambarnya, belum jodoh aksi mu di paparkan. Sebab itu lah saya jarang sudah mengupdate trip-trip terbaru kerana gambar-gambar tersebut saya jadikan artikel untuk majalah pancing. 


















ANTARA GAMBAR MAJALAH PANCING OKTOBER 2013


















MEMBURU PREBET SELUNGSUNG BINTUKA EDISI BLOG....BUKAN MAJALAH PANCING

Ini merupakan trip memburu Prebet Selungsung di Barra Hole Bintuka yang mana sebelumm ini di sembunyikan untuk dipaparkan dalam Majalah Pancing. Alhamdulillah artikel ku yang....aku pun sudah lupa yang keberapa sudah dipaparkan dalam Majalah Pancing keluaran Oktober 2013. Ini merupakan trip biasa, boleh dikatakan trip Malas Sudah Casting.....namun oleh kerana kesukaran mendapatkan umpan...casting jua jawapannya......namun nasib menyebelahi apabila adik ku Dahali,Ust Mazlan serta Pak Mus dan Badul serta Si Yusof  mempunyai stok umpan yang banyak.... Terima Kasih atas simpati umpan yang kamu hulurkan....kalau tidak casting full time lah aku sama Sulaiman...

 Selungsung awal Pagi yang sudi menyambar Gewang


 Selungsung bersais 1.5kg+++ memang sedap di stim.....
 Kelihatan Sulaiman, Ust Mazlan, Dahali dan Suhairi di belakang sekali
 Kelihatah Badul, Pak Mus dan Yusof....
Lubuk yang sentiasa menjadi rebutan.....

Trip bersama Member Baru Ke Lawa-Lawa @ Unjam

Hampir 2 bulan tidak ke Lawa-Lawa, tangan 24 Ogos yang lalu aku beraksi semula ke lawa-lawa bersama kawan baharu iaitu Awang & rakannya dari Kg Pimping Membakut. Ag sememangnya seorang kaki pancing tegar yg sentiasa mencari ruang dan lubuk untuk melepaskan giannya mengailnya. Trip ini agak sunyi dengan kehadiran gerunggung....ada pun gerunggungnya kecil-kecil, tidak seperti sebelum puasa yang lalu. Aku macam biasalah...bila turun ke lawa-lawa pasti aku akan mempraktikkan teknik dasar dan jiging.....Namun aktiviti jiging tidak mendapat sambutan pemangsa sasaran terutamanya Ebek dan Tenggiri...hanya anak2 gerunggung sahaja yang sudi menyambar jig. Namun apa yang lebih membanggakan....Si Fuad sudah teracun dengan arena Micro Jiging....apa tidaknya.......sudah 3 ekor Ebek menjadi mangsanya...dan boleh sudah di gelar Mr Ebek......teknik jigingnya amat unik dan mahu tahan hati......namun amat berkesan untuk menipu Ebek.................tiada dalam CD......Teknik ini akan dikongsikan pada paparan yang akan datang..... 

 Fuad anak Tangah Patera...dulunya tidak minat ke laut....sekarang sudah mahu belajar Ilmu bapanya...Boleh sudah kau bawa Bot fuad cuma lebihkan lagi belajar.....
 Lenguh tangan ku melayan Todak Bulat ni guna Set Jiging Ringan.....guna umpan hidup
 Tarpon laut ni kuat juga ya....kehadirannya di lawa-lawa sudah semakin banyak
Kalau gerunggung Kuda baru terasa kuasa kudanya Fuaad...

Anak tenggiri....mana bapak mu....aku mahu berlawan dengannya....

 Inilah dia Ikan Jarang Jumpa...hehehehe....Bila si Awang bertanya apakah nama ikan ni...aku selamba menjawab Ikan Jarang Jumpa.....sebab aku pun tidak tahu naman ikan ni....hehehehe

Perjalan pulang mengambil masa lebih kurang setengah Jam dari lawa-lawa.....

TRIP MALAS SUDAH CASTING....

Rasanya macam jarang sudah saya mengaplot trip-trip memancing yang saya buat. Bukan apa, masa amat terhad. Terbaru pada 17hb yang lalu, saya, sulaiman, bobih dan najul turun membotom dilubuk rahsia K.O.B,manakala adik ku Dahali turun Casting bersama saudara Badul dan Tato bersama saudara Yusuf manakala saudara Samoi bersama Matali boi. Ini merupakan trip kedua  ku selepas hari raya. Jika semasa ramadan tu aku berpesta anak2 selungsung...dan seekor anak buaya menjadi mangsa ku..kali ni, selungsung langsung tidak kenal aku....hanya sulaiman, bobih dan najul sahaja berjaya menaikkan anak2 selungsung, manakala aku kumpau selungsung. Manakala Team Casting pula sukses dengan hasil casting mereka dimana saudara tato menjadi juara apabila berjaya menaikkan Tembaring seberat 2.5kg, manakala saudara badul kecewa apabila selungsung bagak sempat menewaskan beliau....Jam 3 kami sudah bergerak pulang kerana air semakin surut gila....

 Lubuk rahsia mempunya bermacam2 ikan
Hasil terbaik Saudara Tato....
 Ini kecil....saja....sebelum ini aku sudah mendapat yang besar...hehehe
 Hahahah.....Penyamun ciptaan ku.....najul 
 Kepala Penyamun ciptaan ku jua....nda pandai beranti sudah si Bobih memburu selungsung di lubuk ku ni...heheheh
 Kesian tetanda saja
 Sulaiman...demam pun mau juga ikut memburu selungsung...heheheh
Jam 2, air sudah surut gila ....baik balik