TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP BINTUKA IV / 2012 ( Trip Berasap )

Trip ke empat ni merupakan trip berasap kerana bukan sahaja aku yang berasap oleh MJ & Sang Putih Sulaiman, malah di akhir trip pula enjin bot pula yang berasap. Trip ke empat ni aku di sertai oleh saudara Azlin, Big Show, Ajit, Si Wan dan Sulaiman. Pada asalnya aku ingin menggunakan Bot N0 13, namun oleh kerana saudara Azlin ingin menyertai trip ini, jadi bot No 13 ku serahkan kepadanya dan aku mengunakan bot no 2 yang kong pada minggu sebelumnya. Namun aku diberitahu bahawa enjin tersebut baru di overhul, sebab itulah aku yakin untuk menggunakannya......namun setelah berjaya menaikkan beberapa ekor kerap, Mj dan Sang Putih , enjin mula buat hal....hampir 2 jam kami tersadai di Maidin, akhirnya aku dan si Ajit berjaya menghidupkannya.....namun dalam perjalanan pulang enjin tersebut lost power dan si Ajit yang berada di belakang memberi isyarat supaya mematikan enjin bot dan ku lihat enjin sudah berasap dan gaskit blog enjin sudah mencair............


Malas sudah ku begambar.....ia saja yang sudi......Rod Custom Made sulaiman pecah dara oleh Black Skin
Tidak sampai 5 minit sekali lagi sulaiman berjaya menawan sang Ungah...lagilah aku berasap....di serunya jimbarannya untuk bagi ungah....main buyuk....heheheh
Baru sahaja menurunkan gewang untuk melakukan aksi tundaan, tiba-tiba gewang keramat Sulaiman terus kena sambar Mamat ni.....Apa nda kana sambar kalau mulutnya nda beranti menyeru nama lauk putih.....hehehehe , nasib baik injin binasa mun inda....di suruhnya lagi jimbarannya menyangkutkan gewang di mulut selungsung...heheheh....berasap lagi aku......



Aku ini saja yang sudi.....berasap
Gara-gara nda perasan air penyejuk tiada keluar inilah akibatnya....yang herannya sebelum kejadian ini air dari waterpump ada keluar....apakan daya sudah nasib ku.....untuk kali kedua terkena nasib malang ni.....
Nasib baik ada Partner yang sudi menunda....manakala si Azlin juga mengalami nasib yang sama hampir 2 jam tersadai di simpang Bengkaduan kerana enjin mati. Namun setelah berusaha menghidupkan enjin bot no 13, akhirnya mereka berjaya sampai di Jeti jam 6.30 petang


TRIP BINTUKA III / 2012

Sedikit paparan gambar2 yang sempat dirakamkan selepas mengalami kekecewaan kerana enjin bot mengalami masalah semasa trip ke tiga K.O.B .....namun paparan yang akan datang lagi dashyat....kalau trip ni api menyala...trip yg ke 4 T.O.B ....blog enjin berasap....nantikan paparan akan datang......


Kerapu bintik ni memang antara kerapu yang sukar diperolehi di siniGewang kegemaran ku sekarang ni R2C namun gewang ini sudah menjadi aruah hari isnin yang lalu apabila tali sulam 20lbs ku meletup apabila tersangkut pada simpulan dispool gara monster memecut laju
Baim semakin Gian ke bintuka

Ajit kini tidak dapat melupakan Bintuka...Katanya " Dapat ikan atau tidak kira belakang yang penting dapat beraksi di Bintuka "


Tato jangan cakaplah.....boleh sudah cari makan di Bintuka....jadi pemandu pelancung kau Tato...heheheh
Anak buah ku ni..sentiasa tidak mahu ketinggalan.......Bila ditanya tarikh Belayar ke Over Sea.....ia pun nda tahu tinggal tunggu laporan kesihatan gara2 jatuh motor mahu casting Tomman. Tulang bahunya patah hujung tahun lalu

Double strike

Di hulu Bintuka pun ada kerapu bintik ni

Si Hitam pun si hitam lah yg penting dp bergambar...heheheh



BERMULANYA KISAH SUKA & DUKA + LAWAK T.O.B DI BINTUKA

Dalam paparan kali ni, K.O.B ingin berkongsi pengalaman suka duka K.O.B dalam trip casting minggu lepas di Bintuka( 28.1.2012 ). Sebanyak 9 buah bot telah ditempah 5 buah dari Hj Kumit atas nama ku dan 4 buah lagi dari Hj Hussin atas nama adik ku Si Dahali. Aku dan 3 buah bot ( Apik, Ajit,Baim, Matali, Tato.Big Show & Acai ) memilih Muara Maidin untuk beraksi manakala 5 buah memilih Menumbuk & Muara Gulungan-gulungan ( Dahali, Sahur, Pisang,Pen Merah, Samoi, Saipol,Jamal,Remi,Sudin & Rinno ) sebagai lokasi beraksi....Dipendikkan cerita aku sama anak buah ku lah yang paling malang. Bot no 2 yang menjadi pilihan ku & baru dibaiki sebelum ini tiba-tiba bermasalah seawal jam 7.30 pagi ketika kami mahu berpindah lokasi Casting. Ini membuatkan kami terpaksa casting di kawasan bukan spot dan terus terdampar sehingga jam 9.00 pagi bantuan dari Si Acai tiba . Sebenarnya masalah ini lah yang ditakuti oleh semua pemancing di Bintuka & yang menjadi masalah lagi, tiada Bot penyelamat yang disediakan oleh HJ Kumit untuk Makeniknya.....walaupun makeniknya sentiasa ON CALL......dan makeniknya terpaksa menunggu bot pemancing pulang baru dapat memberi bantuan......Namun ini bukanlah pengalaman baru, sebelum ni pun aku pernah berberapa kali mengalami masalah yang sama...namun kali ni nasib malang menjadi bertukar menjadi cemerlang disaat akhir dan perasaan duka bertukar menjadi gelihati apabila..........mendengar puh,puh,puh yang semakin kuat diikuti dengan API,API.......Siram...SiraMMMMMMM......

Ini bukan tikus membaiki labu... jangan ditiru jika tiada pengetahuan & pengalaman. ....

Caburator enjin sangkut sangat mudah dibuka berbanding caburator motosikal. Namun jika anda pernah membuka caburator motosikal pasti anda juga boleh membuka dan memasang semula caburator ini


Nasib baik aku sentiasa sabar....kalau tidak ...kita BAKO, kita BAKO saja enjin ni....


Bantuan si Ajit yang diharap-harapkan akhirnya tiba. Ajit yang mahir membaiki kereta akhirnya menyerah kalah apabila beliau juga tidak mampu untuk menghidupkan enjin bot no 2 iniSelepas gambar ni diambil lah peristiwa api menyala dibelakang enjin berlaku. Apabila si Ajit selesai memasang caburator, beliau terus membersihkan PLUG dan memasang semula PLUG tersebut tanpa memasang semula kepala cable PLUG pencucuh. Akibatnya.......apabila beliau menarik stater....kami mendengar beliau meniup sesuatu kearah enjin. Kami pikir dia meniup Caburator untuk membersihkan sesuatu....rupa-rupanya beliau sedang berusaha untuk memadamkan api yang sedang menyala....dengan kuasa angin BoBOY nya... namun keadaan menjadi gawat apabila api semakin menyala....aku yang sibuk mahu menggambar si Baim tiba-tiba tekejut...apabila si Ajit menyebut API,API....siram,Sirammmmmmm. Nasib baik timba ada dibelakan bot, aku apa lagi letak camera terus capai timba dan siram.....siraman pertama masih tidak memadamkan api tersebut...aku apa lagi ambil air sepenuh-penuhnya....bukan setakat api....satu enjin tu ku siram....nasib baik caburator dan Plug sudah dipasang kalau tidak....Faham-Faham ja lah.....kenapalah dalam enjin ni sentiasa ada garam.....hahahahah. Lepas sahaja api dipadamkan...keadaan menjadi riuh dengan gelak ketawa kami 4 oramg.....Namun peristiwa ini memberi pengalaman berharga buat kami....lain kali lebih berhati-hati....
Jam 1.30 tengahari bot kami terpaksa ditunda balik ke Bintuka. Namun sebelum tu lenguh tangan ku dan si Apik berdayung apabila si Acai, Big Show, Ajit & Baim meninggalkan kami seketika dimana mereka beraksi untuk mencari MJ . Aku dan si Apik terpaksalah berdayung mudik kehulu....namun mudik ke hilir semula bila tiupan angin semakin kuat.....
Dalam perjalan kami terjumpa lagi bot no 4 yang KONG....aku mengarahkan si Acai menghampiri dan untuk memberi bantuan yang patut. Diorang ni pun dari pagi lagi menghadapi masalah dan bila plug pencucuh ditukar barulah bot mereka hidup semula.... Namun ia hanya seketika...setelah 3 jam bot tersebut terpaksa ditunda semula oleh bot pemancing lain kerana CDI nya kehabisan api....
Jam 3.35 ketika menghampiri laluan pulang ke jeti barulah makenik Hj Kumit sampai....rupa-rupanya bukan masalah Caburator sahaja yang menyebabkan enjin bot no 2 ini tidak mahu hidup, masalah wayar on offnya yang shot menjadi punca segalanya.....Namun hari duka ini menjadi ceria bagi aku dan Si Apik apabila kami berjaya menaikkan 7 ekor kerapu disaat-saat akhir.....