TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Permata Biru Sungai Kota Klias. Laporan Part 1( 5.3.2011 )

Seperti yang dijanjikan dalam penulisan Udang oh Udang minggu lepas , saya akan melaporkan serba sedikit tentang aktiviti memancing udang yang saya bersama Mr Mituddin dan rakan Cikgu Majid. Memang tanpa diduga bahawa udang semakin menggila memakan umpan pada hari sabtu tu. Apa tidaknya awal-awal lagi Mr Mituddin sudah menaikkan Permata Biru dari lombong pertama di Sarang Burung. Ini membuatkan saya resah kerana saya masih terkial-kial mahu memasang mata kail dan umpan.Di hadapan pula Cikgu Majid juga sibuk menaikkan Permata Biru. Akhirnya apabila umpan ku sudah diturunkan barulah aku merasa menaikkan Permata Biru Sg Kota Klias. Jika hendak dipanjangkan cerita banyak gambar-gambar lain yg menarik namun tidak dapat disiarkan untuk dihantar ke Majalah..Inilah serba sedikit gambar yang dapat ditayangkan untuk pengunjung-pengunjung Blog T.O.B dalam laporan ini dan selepas ni ada part 2
Diawal pagi bot terpaksa ditolak kerana ait terlalu surut
Mr Mituddin cuba menarik Permata Biru dari dalam bangkar namun ia berjaya meloloskan diri


Inilah Permata Biru yang sangat berharga dan sukar diperolehi
Dikala sibuk gambar ini sahaja yg dapat dirakamkan....rakan-rakan sibuk Melombong

Ini bukan Permata Biru yang sama seperti diatas, banyak gambar Mr yang dirakamkan dengan Permata Biru yang membuatkan ramai orang tidak akan percaya kerana saisnya yang besar-besar gila

Dikala sibuk disitulah aku minta rakamkan gambar ini

Cikgu Majid berjaya menaikkan Permata Biru dengan banyak sehinggakan kotak aisnya tidak mampu menampung hasilnya

Hasil K.O.B

Hasil Mr Mituddin. Patutlah beliau digelar raja Udang.....memang tidak dapat dinafikan


Hasil Cikgu Majid