TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Penjagaan Peralatan Memancing Part 5

Macam biasa, bila sudah digunakan mesti di Servis. Itulah amalan yang sentiasa aku lakukan untuk mempastikan, peralatan ku sentiasa selamat dari garam laut yang sentiasa ada di dalam BC murah ku ini, selepas beraksi di Bintuka. Bukan apa, kalau tidak dibersihkan jawapnya berkarat lah Ballberingnya. Maklumlah ballberingnya bukan kalis karat....Namun alhamdulillah Blue Max free yang diberi oleh adik ku pada tahun 2009 sampai sekarang masih bisa beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah, cuma pengerak penyusun talinya sahaja yang semakin haus, namun partnya sudah dioder dan sekarang ni ia masih boleh digunakan dan dragnya juga sudah dinaik taraf sehinggakan MJ bagak dan GT 3 kg yang baru-baru ni ku dapat tidak mampu untuk menarik tali terus keluar dari Spool. Bagi BC MegaForce pula, Walaupun masih baru dan masih dalam Warranty,aku tetap tidak peduli tentang Warranty yang penting bahagian dalamannya mesti dibersihkan dari bahana air masin....

Blue Max ni kalau tidak dibersihkan selepas beraksi dikawasan berair masin pasti selepas sebulan boleh sudah menuai hasil garamnya


Mega Force ni, walaupun dikatakan tahan air masin, namun bila dibuka hanya selepas semalam,ada sudah tanda-tanda kewujudan karat didalam rollernya & jika dibiarkan sudah pasti roller tersebut tidak akan dapat dibuka



Inilah Wasir spring yang hilang seketika ketika aku cuba membersihkannya,30 minit diperlukan untuk mengesannya akhirnya dengan bantuan lampu suluh aku berjaya mengesannya dibawah kaki ku....Bikin panas, inilah yang sering terjadi...pasti ada sahaja benda-benda kecil yang hampir-hampir tercicir dari tempat asalnya....Selamat Menjaga Peralatan memancing anda....Laporan tentang BULLDOG Bintuka akan dibuat dalam masa terdekat