TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

BULLDOG BINTUKA

Rezeki yang tidak disangka akan tiba dimana-mana sahaja.Itulah yang terjadi kepada Trip ke Bintuka T.O.B pada 26.3.2011 yang lalu.Perancangan awal T.O.B ingin Xplo kawasan Ladang dan terus ke Mentulud. Seawal jam 5.30 pagi, saya dan Snek sudah berada diatas Bot & tiba di Ladang pada jam 6 pagi.Ketibaan kami disambut dengan hujan lebat yang menyebabkan kami kesejukan walaupun memakai baju hujan. Hujan tanpa henti ini telah menyebabkan keadaan air di Ladang menjadi keruh kerana air tanah mula melimpah kedalam sungai & ini membuatkan kami terus beralih arah mudik ke hilir dan sempat juga Snek menaikkan seekor anak titir di sungai ini. Jam 7 pagi kami sudah berada di Lubuk Yu dan disini aku berjaya menaikkan seekor anak titir dan setelah puas memujuk rayu tanpa ada sambaran, kami terus ke sungai laluan ke Mentulud, namun bila sampai disungai ni airnya juga keruh dan ini membuatkan kami beralih ke Sungai ke Bengkaduan, namun tiada jua sambaran & akhirnya kami keluar dan terus ke Burabak, Maidin dan akhirnya kami singgah di Muara Balingkatak untuk sarapan pagi kerana perut ku terlalu lapar , maklumlah sudah 5 jam terkena hujan. Sewaktu di muara ni, keadaan air laut sangat teduh dan ini membuatkan saya berani untuk berehat di luar Muara dan Snek mengorbankan ikan titirnya untuk memenuhi masa sarapan pagi dengan menurunkan Umpan & aku pun join serta. Ohhh....I Kiss U.... Setelah selesai sarapan, aku menaikkan umpan dan meletakkan kail dibelakang bot dan aku terus mengambil gewang keramat ku untuk casting, manalah tau ada titir gergasi....dalam fikiran ku. Setelah beberapa kali melontarkan gewang tiba-tiba satu sambaran ringgan & diikuti dengan larian padu yang menyebabkan joran Lemex ku melengkung dan diikuti deruman line memecur keluar....pada mula nya aku & snek menyangka memang Alu-alu mega yang mengena, aku sempat menyuruh snek Merakamkan aksi ku...setelah hampir lima minit bertarung akhirnya sangkaan kami melesit...rupanya-rupanya BULLDOG yang mengena.....Setelah selesai sesi bergambar kami terus Casting namun tiada sambaran, Snek cuba sekali lagi menurunkan umpan titirnya, tiba-tiba satu sambaran dirasai...dan bila naik ke atas Bot alangkah terkejutnya...anak JERUNG yang dinaikkan.......Maknanya di kawasan laut Bintuka & Menumbuk ni memang ada Jerung.


Bertahun-tahun ku kelaut dalam belum pernah ku mendapat BULLDOG ni....di Muara ni lah sejarah akan bermula


Setelah tiada sambaran, kami beralih keacara Trolling, namun tiada jua sambaran dirasai. Lalu kami singgah di muara Gulung-gulungan untuk casting sambil ditemani hujan lebat. Disinilah snek menggigil gila apabila TD9 Hot Tigernya diasak dengan asakan padu, aku yang tergamam hanya mampu memberi arahan supaya drag dilongarkan sedikit dan jangan terlalu memaksa takut mata kail terkangkang, dalam hati berkata ini mesti GT yang besar.... Hujan yang lebat juga telah mengagalkan usaha ku untuk merakamkan aksi pertarungan Snek dan sewaktu Snek menyerap asakan, pecutan terakhir ketika mangsa sudah menghampiri Bot membuatkan kami kecewa, pada mulanya kami sangka mata kail terkangkang atau perambut yang putus, rupa-rupanya lidah TD9 yang tercabut



Sungguh malang nasib mu Snek, asakan ke bawah bot menyebabkan lidah Td9 ni tercabut...macam aku nda percaya.....Bukan rezeki mu Snek.....



Cantekkkkk menarik kau memang the Best BULLDOG



Snek pun tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan kenangan


Setelah tiada sambaran di Gulung-gulungan, kami meneruskan misi ke lubuk Batu Nisan di sg Menumbuk. Setiba disana sudah ada dua orang kaki yang sudah berlabuh membottom sambil casting. Kami terus menurunkan sauh 40 meter di hadapan mereka. Aku terus melontarkan Golden Kirung-kirung kadal ku....dan lontaran ini terus disambar oleh MJ



Melalui kawasan sempit di Sungai Nipah ni perlu berhati-hati,bukan setakat takut telangar batang kayu, malah dikawasan ni juga dikhabarkan ada Jenama Croc yang besar



Kekacang di Lubuk Ladang

Kekacang Lubuk Yu

Aksi melampau snek...apa tidaknya, jam 12 tengah malam sudah stanby ke rumah ku dan jam 2 pagi beliau sudah di Restoran Koboi Town untuk makan pagi....sambil menunggu ku




Tahap mengantuk snek yang Melampau...bayangkan sewaktu casting pun boleh tertidur, nasib baik tidak nda tumbang....dari Jam 2 sampai jam 4 aku dihiburkan oleh alunan merdu dengkur Snek


Setelah tiada sambaran di batu nisan kami terus ke Lubuk By Pass....,namun disini pun tiada sambaran lantas aku masuk semula ke sg Bintuka untuk mencari kerapu hitam namun kerapu juga tiada & setiba dikawasan kolam pertama barulah aku merasa tarikan MJ terakhir....namun setelah 3 kali line ku terkeluar ditariknya....akhirnya ia mengilangkan diri. 2.4.2011 aku akan beraksi lagi, tapi kali ini bersama ahli yang sudah lama tidak beraksi bersama T.O.B. Nantikan laporan trip yang dinamakan TRIP KEMBALI TERJALIN pada minggu hadapan....