TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Kenangan 2010

Inilah antara kenangan terindah 2010 bagi diri ku bersama RedBass yang hanya sementara dan boleh dilupakan jika sudah lama berlalu.Bagi diri ku, yang kekal adalah semangat & naluri yang sentiasa ingin terus berada dilapang sasar yang menjanjikan seribu usaha untuk mencapai kejayaan.Tahun 2010 T.O.B lebih kepada aktiviti pancing 3 in 1 ( Bottom, Trolling & Casting ).Tahun 2011, T.O.B akan lebih menumpukan aktiviti 2 in 1 ( Casting & Trolling ).Melihat kepada minat Sulaiman yang sudah mula beralih arah, walaupun masih ada bunga-bunga kurau.....namun aktiviti Bottom tidak akan terus dilupakan....Jika sang putih mula menyerang Bintuka....udanglah jawapannya.....Jika rindu tarikan kurau...udanglah jawapannya....T.O.B tidak akan terus melupakan aktiviti Bottom .....nanti jadi kacang lupakan kulit...Tidak semestinya sudah Jadi Caster...malu pula mahu membottom.....Oleh itu jadilah seorang pemancing yang berilmu...bukan setakat melontar gewang sahaja yang dipelajari, ilmu bottom juga perlu kita pelajari.....sebab ada masanya ilmu ini berguna untuk diri kita sendiri...Oleh yang demikian jangan Malu dengan rakan-rakan yang tidak berilmu yang suka mengutuk rakan-rakan caster yang mahu membottom, oleh itu lengkapkan diri anda dengan pelbagai Ilmu Memancing.....TQ