TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Tsunami

Trip TSunami ( 12.3.2011 ) dinamakan sempena memperingati TSunami yang telah melanda Jepun pada 11.3.2011, Hari Jumaat dikala Umat Islam di negara kita sedang berada di Masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Jumaat. Takhziah Untuk Negara Jepun dari T.O.B. Rintitan dari peristiwa TSunami, ramai kaki-kaki pancing yang sentiasa memenuhi tempahan Bot sewa Hj Kumit terpaksa membatalkan trip mereka kerana takut kesan TSunami akan sampai ke Sungai Bintuka. Aku yang sudah berada di Rumah rehat Pak Martua ku sejak hari jumaat bersama keluarga tetap meneruskan trip casting bersama Sulaiman, kerana bagi ku Berita yang dikeluarkan sudah cukup meyakinkan ku bahawa Malaysia tidak termasuk dalam kawasan tempias Tsunami kerana dilindungi oleh negara Filipina. Malah amaran Tsunami juga tidak dikeluarkan hanya amaran berhati-hati dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam pada hari kejadian sahaja dikeluarkan bagi kawasan Labuan dan kawasan-kawasan berhampiran pantai. Pada asalnya, Sulaiman juga ragu-ragu tentang kesan TSunami dan setelah diyakinkan & berada di Sungai Bintuka segalanya dilupakan
Lengang.....hanya T.O.B dan mamat di bot tu saja yang sanggup mengharungi Sg Bintuka hari tu


Setelah tiada sambutan casting di kawasan Kolam akhirnya kami menuju ke Sg By Pass dan disinilah aku mendapat sambaran pertama namun rabut, tetapi setelah dipujuk rayu dengan lenggang lengok Golden Kirung-kirung kadal akhirnya Red Bass pertama tertipu

Setelah Red Bass peertama naik, kami terus memujuk Red Bass di lubuk yg sama, akhirnya aku berjaya menaikkan Red Bass ke dua yang tidak ku sangka kerana beratnya melebihi rekod ku sebelum ini iaitu 2.1 Kg.

Sulaiman sudah mula berani main casting di Bintuka walaupun didalam hatinya masih ada bunga-bunga Kurau di Balingkatak.Jangan kau risau man, ada jodoh bertemu jua kita dengan Kurau Balingkatak tu



Sumpahan si Pisang ni ada saja di mana-mana

Dalam perjalanan ke Lubuk Black Bass, kami singgah di Restoran Anjung Sangkar kerana hujan mahu turun. Mee Sea Food 2....Red Guara 1....Tea Ping 1 , Buss.....

Syukur...bila kami sudah naik ke atas restoran ni.....hujan lebat terus turun.....Gambar rumah atap rumbia ni merupakan rumah rehat untuk disewa dengan kadar RM 30 semalam dan ada sewa bot RM 50 sehari
Sebaik sahaja hujan reda dan perut pun sudah kenyang dengan menu Mee Goreng Sea Food + Red Guara & Teo O Ping, kami meneruskan misi memburu Black Bass pula....namun hanya Sumpahan si Pisang sahaja yang berjaya sulaiman dapat...
Setelah lubuk Black Bass tidak memberahikan, kami mudik semula ke Sg Bintuka dan dalam perjalanan balik Sulaiman berjaya lagi menaikkan Sumpahan si Pisang

Sekadar Gambar Kenangan sahaja....Semasa memunggah peralatan ke atas Jeti, saya terkejut apabila ada seekor kurau diperolehi oleh seorang Pemancing di Sg Bintuka dengan berat 6 kg & beliau bercerita bahawa sebanyak 3 tarikan kasar tidak dapat dinaikkan, perambut 50 lbs pun putus. Ini membuatkan hati ku dan Sulaiman terus Berbunga-Bunga dengan tarikan Kurau