TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Permata Biru Sungai Kota Klias. Laporan Part 2( 6.3.2011 )

Kejayaan berpesta Permata Biru pada hari pertama membuatkan hati ku sangat teruja apabila Mr Mituddin secara bergurau mengajak ku untuk memancing udang pada keesokkan harinya.Aku yang pada asalnya hanya merancang untuk turun sehari sahaja terus memberi respon untuk meneruskan cabaran hari kedua.Namun pada hari kedua ni, hasil kurang berbanding dengan hari pertama. Ini kerana keadaan air yang sejuk akibat hujan yang lebat pada waktu malam di Kota Klias.Untuk Mr Mituddin, terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya. Inilah sedikit gambar yang dapat di paparkan untuk pengunjung Blog T.O.B

Mr Mituddin bukan sahaja sangat xpert tentang ilmu mengail udang, malah beliau tahu jika udang tidak makan di tengah sungai pasti ia berada di tepi sungai..memang betul


Aduhhhhhhh.....sempat lagi Permata Biru ni menyepit jari kelengking ku.....
Nah rasakan .........

Darah pengurang dosa...hehehehe
Walau pun Permata Biru kurang galak memakan umpan...Mr Mituddin tetap No 1 dengan permata biru yang bagak-bagak

Bot Mr Mituddin ni terpaksa direhatkan sementara waktu kerana dinding sebelah kanannya pecah akibat terhimpit pada batang kayu penambat

Inilah hasil Mr Mituddin

Hasil Ku