TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Tinjau Port Part II ( Sg Andus Kimanis ,Papar )

Bedukang yang tertarik dengan gewang saya

Kali ni dalam ruangan Tinjau Port saya akan memperkenalkan anda dengan sungai Andus, Kimanis.Sungai ni terletak berdekatan dengan Pusat Serenti Kimanis Papar & Pusat pemeriksaan JPJ Kimanis. Air sungainya berwarna hitam dan cetek sahaja.Tapi ia sangat cantik untuk kita casting mana tahu ada pemangsa.
Dipendekkan cerita,sepupu saya telah berputih mata di sungai ini apabila mata kail gewangnya terkangkang akibat larian seekor pemangsa yang tidak berhati perut untuk berhenti sewaktu air bergerak surut.Akibatnya sepupu saya mengadu nasibnya kepada saya melalui MMS .Sebelum balik ke KK dari kampung di Bongawan pada hari ahad yang lalu ( 4 Okt 2009 )saya sempat singgah dan casting sekitar 20 minit dan hasilnya hanya bedukang jadi bukti.Jadi kalau mau mencuba nasib di sungai ini pastikan anda tidak menggunakan gewang selama dalam ketika air surut.Apa yang lebih penting kereta boleh terus parking dikawasan kita casting dan selamat


Bedukang pun bedukang lah bro
Kalau dalam sungai ni messti best




Bawah jambatan juga berpotensi menjadi sarang pemangsa



Di sinilah sepupu saya berputih mata