TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting di Sg Benoni Part III ( 24 Sept 2009 )

Ini lah peracun kalbu

Pada hari raya ke lima saya telah mengajak c sudin casting di sungai benoni,papar.Jam 5.50 pagi saya sudah berada di jambatan sungai benoni untuk menunggu c sudin & kelihatan geng gilakail sudah pantas bergerak menuju ke muara sungai benoni dengan berjalan kaki mengikuti landasan keretapi.(Kereta terpaksa parking di tepi jalan raya kerana jalan menuju ke muara teruk ).
Bergaya saja untuk kenangan


Sambil menunggu c sudin datang sempat saya mencuba nasib casting dibawah jambatan namun sangkut gewang Halco China sebagai hadiah tapi dapat diselamatkan oleh sub merin buatan ku sendiri.Jam 6.15 pagi sudin masih belum muncul lalu ku call...rupa-rupanya dia masih atas perut.....aku pun berjalan sendiri menuju ke muara.Perjalanan ke muara mengambil masa 15 minit.Sampai di muara geng gilakail yang diketuai oleh c belacan sedang ligat melontar gewang & aku pun join sekali,namun sehingga sudin datang belum ada sambaran yang kami rasai

Sebaik sudin datang gewang rapala ku sangkut begitu juga dengan Halco adik c belacan,kami cuba selamat dengan sub merin tetapi tidak berjaya kerana air terlalu deras.Jam 8.00 pagi geng gilakail pun beredar pulang & tinggal lah aku sama sudin.Namun rezeki sudin sangat murah,lontaran gewang ke kawasan berbatu akhirnya mendapat sambaran ganas & seekor unggah berjaya didaratkan.Namun selepas tu langsung tidak ada sudah sambaran lalu sudin mengajak aku untuk mengesan gewang ku yang menyangkut tadi dengan turun kedalam air.

Aku menolak....takut,adik c belacan ternampak anak buaya dibawah jambatan tadi din...namun sudin tetap berani untuk turun kedalam sungai untuk mengesan gewang ku.Akhirnya gewang rapala ku dan Halco adik c belacan dapat dikesan.Tq din...lain kali selam lagi k....

Sudin sedang mengesan gewang






Inilah rapala ku yang berjaya dikesan oleh sudin





Antara gewang yang berjaya dikesan