TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting Sg Benoni Part IV(17 Okt 2009 ) Snek Kecewa

Indahnya pemandangan senja di muara sg Benoni ciptaan Allah S.W.T dan sujudlah kepadanya

Kaki Pancing sedang mencari umpan hidup dengan menggunakan rambat ( jala )


My Brother & Snek : Di sinilah snek ampuk apabila mata 3 X-Rap nya terkangkang akibat asakan selungsung yang begitu mengganas menyambar anak-anak ikan tanpa takut dengan kemunculan kami bertiga


Teknik menyelamatkan gewang terbaru di sg benoni,dimana gewang yang menyangkut di batu,di tengah-tengah muara dapat diselamatkan dengan menarik tali pancing menggunakan talipancing rakan dari sebelah...hasilnya gewang saya dapat diselamatkan..


Ini Usaha menyelamatkan gewang my brother...dahali


Dapat bah diselamatkan walaupun sub merin buatan sendiri..


Petang tu kami bertiga saja....biasanya ramai kaki casting yang datang ke port panas ni...

Snek menunjukkan X-Rap nya dengan rasa kecewa....kerana bukan alang-alang asakan yang diterima dari sang selungsung yang memang lapar gila....nda apa snek hari sabtu ni kita aga lagi

Rumusan: Casting pada petang sabtu yang lalu di sg benoni sangat menghampakan kerana selungsung cabur-cabur ( melompat menyambar anak ikan ) tapi hanya sekali sahaja ia menyambar gewang X-Rap snek.Malah pada satu ketika selungsung mengejar ikan kembura didepan-depan kami hinggakan ikan kembura seolah-olah berlari diatas air akibar ketakutan dikejar selungsung