TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Tinjau Port Part I ( Muara Sg Petagas & Tembok Teluk Villa )

Minggu ni kami sepatutnya beraksi ke laut dalam,namun oleh kerana ribut ketsana yang sedang melanda perairan laut china selatan dengan kelajuan angin 60-70 km/jam ,perancangan ini terpaksa dibatalkan kerana amat merbahaya kepada semua aktiviti laut.Jadi untuk melepaskan rindu saya dan pian bercadang untuk casting di muara sungai petagas.Namun subuh tu ( 3 Okt 2009 ) hujan turun dengan lebatnya.Jam 5.30 saya menerima sms dari c pian yang mahu juga beraksi atau sekadar meninjau-ninjau port untuk melepaskan gian."Alang-alang sudah kita bangun baik kita berjalan-jalan melihat lubuk"..nya c pian....Bila hujan reda saya pun mengambil c pian dirumahnya dan kami terus ke muara sungai petagas.Nampaknya akibat hujan semalam air sungai petagas menjadi keruh.Lalu kami terus ke Teluk Villa untuk mencuba nasib...manalah tau dapat casting disana.


Nasib kami juga kurang baik....tebing batu basah & licin serta air laut menjadi keruh akibat ombak yang tidak berhenti-henti memukul tebing batu.Lalu kami menghampiri seorang pemancing dan bertanya jika dia sudah belurih ( mendapat ikan ).