TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Ngail Udang di Sg Kota Klias ( 24 Okt 2009 )

Sesiapa yang lalu di dilaluan ni untuk ke kuala penyu atau pekan menumbuk pasti akan ternampak selamat datang ke kg kota klias
Ini antara salah satu tarikan pelancong...yang banyak tumbuh di tebing sg klias untuk membawa pelancong melihat bengkatan

Ini lah sg pendiki tempat mituddin parking botnya

Best kalau semua hasil bagak-bagak belaka.....

Ini pun mantap bah aksi melawannya....

Di Bongawan udang saiz ini di panggil kakau

Mituddin...penjaga sungai pendiki kota klias..
Asneh...macam melayan unggah...kau bro

Yahoooooo.......ning galah sauh....

Kalau di papar ning galah sauh...kalau tempat anda ?

Terima kasih kepada Mituddin & Asneh ( Team Gilakail ) kerana membawa ku mengail udang di sg kota klias,walaupun hampir 2 tahun tidak mengail udang skil lama tu masih juga mantap...hampir-hampir menewaskan penjaga sungai pendiki,...keh..keh..keh....bah mun ke weston turut ku Asneh....

Plot perjalanan ku......Semasa lepak makan soto bersama pakcik ku di koboi town malam sabtu yang lalu, mituddin kawan lama ku telah menelepon untuk mengajak mengail udang di sg kota klias....aku apa lagi...girang lah....selepas balik dari lepak..aku terus mempersiapkan diri dengan peralatan udang ku yang hampir 2 tahun tidak ku turunkan...
Seawal jam 4.50 subuh selepas sembahyang subuh saya terus bergerak dari rumah di taman jumbo,kk ke kota klias,beaufort yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan jika pemanduan selamat diamalkan. Jam 5.45 saya singgah di pekan bongawan tempat kelahiran ku untuk bersarapan....dan sempat ku berjumpa dengan mama ku yang berniaga di tamu bongawan...6.20 pagi aku terus bergerak ke kota klias dan sampai disana jam 7.00 pagi..
Sementara menunggu mituddin dan md asneh ( team gila kail ) sampai sempat ku casting di sg pendiki..manalah tau ada ikan bulan-bulan atau belida yang sudi menyambar anak gewang ku...jam 8.00 pagi mituddin dan md asneh pun sampai dan kami terus ke lubuk udang....jam 4.30 petang kami pun beredar balik....terima kasih mituddin dan md asneh....semoga ini akan mengeratkan persahabatan kita....