Joran Lemex IT Sport hadiah dari isteri ku ini terpaksa diubahsuai pemegangnya kerana aku tidak biasa menggunakan joran casting yang pemegangnya ala ulu parang & pendek.Selepas beberapa hari memikirkan cara terbaik untuk menghasilkan pemegang yang selesa dan sambungan cantik untuk menahan asakan monster akhirnya aku berjaya mengubah suai pemegangnya dan menghasilkan sambungan yang meyakinkan aku untuk bertarung dengan monster.Inilah hasil kerja tangan saya yang memakan masa hanya 1 jam setengah
Gambar1: Pemegang asal Joran Casting Lemex IT Sport 6-15 lbs
Gambar 2:Pemegang bentuk baru setelah di ubah suai
Gambar 3: Penyambung untuk penahan asakan monsterGambar 4 : Penyambung dimasukkan kedalam batang asal & sebelum memasukkan pastikan masukkan gam khas seperti epoxy atau super glue
Gambar 5: Setelah proses penyambungan selesai masukkan ring hiasan di kiri kanan pemegang untuk menampakkan ia lebih kemas & lepas tu masukkan gabus penahan belakang sekali
Gambar 6 : Inilah rupa penahan asakan monster Joran Lemex IT Sport saya.Rasanya inilah joran Lemex IT Sport yang pertama mempunyai penahan asakan monster.Rasanya getah hitam di belakang tu harus di tukar semula dengan gabus baru lebih cun