TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Team Ombak Biru :Rekod Tercipta lagi

Rasa-rasanya tahun 2011 ni merupakan tahun bertuah untuk si Ampulur ni.Apa tidaknya dalam masa 3 hari beliau sudah mencatat sejarah tersendiri walaupun tahun 2011 baru 9 hari menjenguk kita.Beliau sudah mendahului kebanyakan kaki-kaki casting di KK dengan hasil casting yang tidak disangka-sangka.Bermula dengan MJ 3.5kg pada hari jumaat dan pada hari ahad tu pula Selungsung 5.74 kg menjadi mangsa beliau.Namun sebelum itu pada hari sabtu beliau sekali lagi hampir-hampir mencatat sejarah apabila seekor penyerang hendap yang kasar berjaya membawa lari Storm Kirung-kirung kadalnya hanya dengan beberapa kali hinjutan yang menyebabkan klip cilinya terbangkang.
Selungsung ni tertipu dengan Storm The Lagent ( Redhead ) yang menyebabkan sandal croc si Ampulur tertinggal didalam lubang batu dan tapak kakinya luka terkena teritip
Hanya sekadar kenangan..........mana tau bau selungsung ni melekat sebagai pemanggil selungsung selepas ni
Nda apa saur...biar kita tukang pikul....asal ada bahagian...heheheheh


Mj disubuh hari sabtu...baru 2,3 kali lontaran sudah mengena

Inilah Klip cili si Ampulur yang lurus akibat asakan penyerang hendap yang diramal bersais XL

Saur pun berjaya menaikkan seekor kerapu bintik dengan menggunakan Storm kirung-kirung kadal pada hari sabtu yang lalu