TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Rekod Casting Tercipta

7.1.2011 terciptanya rekod peribadi c Pian @ Ampulur apabila beliau berjaya menaikkan Unggah seberat 3.5 kg dilubuk kegemarannya.Unggah ini merupakan pemangsa ketiga yang tertipu dengan Storm Kirung-kirung pagi tadi.Namun pemangsa pertama berjaya meloloskan diri kedalam lubang batu belah batu betangkup dan pemangsa kedua adalah kerapu juvana dan pemangsa ketiga adalah unggah ini.Rasa-rasanya siapalah lepas ini yang bertuah boleh overtik rekod beliau ni.....kerana terlampau sukar untuk mendapat Mj sais sebegini ...Tahniah Piann & Terima Kasih atas pemberiaan kepala & Isi Mj mu ni...bulihlah di kari malam ni...heheheheh
Menurut si Pian,tangannya mengeletar semasa strike pertama kerana pemangsa sangat kuat dan berjaya mengheret line kecelah lubang batu.Namun unggah ini membuatkan beliau terpaksa terjun kedalam air kerana ia tidak dapat di gantung memandangkan saisnya yang besar.
Apa yang paling mengecewakan ketika beliau mahu mengambil gambar dengan menggunakan Hp,bateri Hpnya pula habis.Terpaksalah cas dulu dirumah barulah bergambar.
Sebelum sembahyang Jumaat sempat lagi kami lepak di Koboi Town mendengar khutbah strike beliau tadi pagi.Yang paling bisa khutbah si Saur..."Bro...aku risau c Ampulur ni sukses hari ni,nanti di Bintuka 15hb ni....."Kejam prasangka kau saur.....Kau tengok muka alimnya tu..macam ada bayang-bayang selungsung sudah....

Inilah Storm Thunder Crank @ Storm kirung-kirung kadal c Pian yang digasak oleh Mj,sampai mata kail belakang tekangkang

Lepas tu hati mula gatal,apalagi baik ke KBS mengunjar Storm kirung-kirung kadal,dapat lah sebiji sorang...... lepas tu baru ke surau berjemaah.....