TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Bintuka2/2011-19.1.2011

Pada asalnya saya merancang untuk turun ke Bintuka pada 29hb ni bersama rakan-rakan yang lain.Namun oleh kerana keluarga mantua ku ada majlis perkahwinan di Kg Teratak,Bintuka maka program ku terpaksa ku percepatkan seminggu lebih awal.Trip kali ni merupakan trip 2 in 1 , iaitu casting & trolling yang pertama selama T.O.B ke Bintuka,selalunya kami akan mempraktikkan teknik 3 in 1( Bottom,Casting & Trolling ) untuk memburu kurau.Port sasaran kali ni adalah Muara Menunbok.Kami sampai seawal jam 5.30 pagi dan di jety Hj Kumit sudah nampak kelibat rakan-rakan lain yang telah sampai lebih awal antaranya Mr Belacan,Isham,Mimit,Limtat,Bungsu dan beberapa orang rakan yang lain,selepas tu barulah si Azizi & Partnernya sampai.Selepas memasukkan peralatan kami terus bertolak ke arah Sg Bintuka Utama.Trip kali ni hampir2 bot kami terbalik gara-gara lock enjin tidak diturunkan & apabila terlanggar papan ,enjin tidak terangkat ke atas.Jadi kepada semua rakan-rakan yang sering ke Bintuka,pastikan lock enjin diturunkan apabila merempit...Pengajaran yang membuatkan kaki ku bergoyang sendiri

Masih lagi gelap....waktu ni baru jam 5.45 pagi
Snek memberi isyarat...Baik Punya......
Kerapu pertama yang menyambar gewang Rod Ford ku

Waktu ni hujan renyai sedang turun....terpaksa pakai baju hujan....nyamuk pun berpesta sakan menyerang muka ku

Kerapu pertama Snek yang memilih TD9 Hot Tiger untuk sarapan paginya

Dikawasan ni lah kami di berhempas pulas casting apabila melihat kelibat selungsung menyambar anak-anak ikan...akhirnya kerapu ni saja yang sudi menyambar gewang Snek
Sampai ke Kawasan Jeti Menumbok-Labuan kami trolling,namun seekot titir pun tidak sudi menyambar gewang kami
Lepas Trolling,kami casting di Batu,sekali lagi hujan turun dengan lebatnya.Selepas hujan lebat ni lah gewang Hot Tiger ku disambar oleh RedBass & sewaktu menghampiri bot untuk disauk,ia berjaya melarikan diri....
Sarapan Pagi & Makan Tengahari kami ditaja oleh Lyen & Rose catering
Macam-macam gewang kami digunakan termasuk popper namun hanya itu rezeki kami kali ini