TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Bintuka1- 01.01.2011

01.01.2011 merupakan tarikh yang cantek dan diharap hasil pun cantek.Namun ini tidak berlaku kepada Team Ombak Biru.Matlamat untuk memburu hasil yang cantek akhirnya terus dilupakan apabila ikan yang diburu tidak mahu menyentuh umpan hidup yang kami sajikan.Ini kerana suhu air yang sejuk & kuantiti air hujan lebih berbanding air laut.Akhirnya kami terpaksa melupakan niat untuk memburu Kurau pada jam 1.30 tengahari dan memulakan aktiviti casting pada jam 2 pm di Ulu sg Bintuka.Hasilnya kami hanya mampu memperolehi 2 ekor kerapu & seekor tetanda.
Setiap kali membuat tundaan pasti sang titir akan menjadi pelanggan utama Hot Tiger Snek
Oleh kerana ikan tidak sudi baik tidur
Inilah satu-satunya hasil di Muara Balingkatak

Tetanda yang tergoda dengan gewang Rod Ford hadiah dari adik ku


Kerapu bintik yang tergoda dengan Zorro

Kerapu batang pun suka dengan gewang Rod Ford ni
Kaulah Pemegang rekod tarikh keramat Belacan
Sewaktu dalam perjalanan balik kami terjumpa dengan Mr Belacan & Cikgu Karim sedang ligat melontarkan lure .Lalu kami merapati Bot mereka dan tekejut melihat hasil Mr Belacan.Seekor Barra sekitar 3 kg lebih dan seekor Mj sekitar 1 kg lebih menjadi mangsa beliau.Inilah yang dinamakan rezeki...tidak mengira usia,junior @ senior...namun malang buat cikgu Karim apabila sambaran padu tidak dapat ditahan dan terus masuk ke Pungkar @ Bangkar....Tahniah buat Mr Belacan & Cikgu Karim dengan hasil yang cantek di awal tahun
Wajah ceria & gumbira Mr Belacan....dengan Mj nya.