TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Penjagaan Peralatan Memancing Part 4

Dalam siri Penjagaan peralatan Memancing 4 ini, saya ingin berkongsi bagai mana cara saya menjaga peralatan terutama BC selepas saya gunakan terutama selepas balik dari muara yang kadar kuantiti air masinnya tinggi.Biasanya selepas balik dari memancing @ casting saya akan pastikan semua peralatan saya akan saya bersihkan dengan menyimbah air bersih dan selepas dikeringkan semalaman biasanya jika ada masa terluang saya akan terus menservis BC yang saya gunakan.Menservis peralatan merupakan satu kewajipan bagi diri ku,bukan apa ianya adalah untuk mempastikan semua peralatan ku sentiasa berfungsi dengan baik
Bc Revo khas untuk air masin namun jika tidak dijaga ianya juga akan hancur dimamah garam air masin & BC Team Seahawk ini rasanya memiliki kadar kualiti pembikinan yang tinggi dan mampu dibanggakan oleh Pengeluarnya
BC Team Seahawk ini sudah 2 tahun tidak pernah di servis oleh pemiliknya,dari awal pembelian tahun 2008 sehinggalah ia mengalami masalah tam barnya tidak tertolak bila pengingkulnya dikayuhkan.Perhatikan pada gigi gear, bahan hijau yang melekat pada gigi tersebut merupakan gris yang mengeras akibat terkena lelihan air masin.Apa yang membuatkan saya respec dengan BC Team Seahawk Snek ini ialah Kualiti Ball Beringnya yang sangat tinggi.Bayang Ball Beringnya tidak pernah diberi sedikit minyak mampu bertahan sekian lama tanpa sedikit karat.Jika BC Revo atau Abu yang lain pasti sudah dimamah karat Ball Beringnya jika tidak dibersihkan
Bila saya leraikan part ini,jelas sudah ada teritip tumbuh digiginya & ini memaksa saya mengikis teritip @ plug yang melekat pada gigi gear ini
Setelah dibersihkan bagilah gris khas untuk kekili di gigi gear dan bahagian-bahagian penting seperti penolak tam dan lain-lain
Ini pula gambar Bc Revo ku.Lihatlah pada lubang yang menempatkan Ball Bering Revo ni, ada cecair putih yang jelas disana.Cecair tersebut merupakan air yang bercampur dengan minyak.Jelasnya bahagian ini paling terdedah dengan air.Jika beraksi di kawasan muara pastinya Ball Bering akan berkarat jika tidak kita bersihkan.OLeh yang demikian selepas digunakan pastikan bahagian ini dibersihkan dan Ball Beringnya di titiskan minyak semula
Ball Bering di bahagian inilah yang paling terdedah dengan karat jika tidak dijaga & pastikan jika anda menitiskan minyak di Ball Bering dengan kadar yang sedikit & minyak yang digunakan adalah minyak yang cair seperti minyak singer atau minyak khas yang dibeli di kedai Pancing.Jika minyak pekat yang digunakan ianya akan menyebabkan kelajuan ball bering akan menjadi perlahan dan ini akan menyebabkan spoll tidak akan berpusing dengan laju sewaktu lontaran gewang dilakukan.
Ball Bering di bahagian ini kurang sangat terdedah & bahagian ini merupakan bahagian selamat untuk Ball Bering