TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Team Ombak Biru : Cast Bersama Neal Snekhead Hunter

Trip bersama Neal Snekhead Hunter pada 5.2.2011 merupakan satu kolabalarasi tanpa dirancang.Pada asalnya saya mengajak adik saya untuk turun casting di Bintuka sempena cuti tahun baru cina. Namun beberapa orang rakan yang lain juga tidak mahu mensia-siakan cuti tahun baru cina dan ingin turut serta pada trip ini.Antara rakan-rakan caster yang turun serta ialah Ampulur,Saur,Badul,Pisang,Dahali,serta dua ahli baru ia Neal & Raimy yang pertama kali casting di Bintuka.Syukur alhamdulillah Neal dapat merasakan tarikan pemangsa begitu juga dengan si Raimy.Malah pada trip kali ni Dahali & Saur juga berjaya menaikkan Selungsung manakala si Badul selungsung Besar rabut apabila mata kail TDD9 tekangkang ketika menghampiri bot.Tahniah kepada semua dari saya K.O.B

Tropy untuk Neal.Tarikan Kerapu ni disangka Mj.Tahap melawan yang tinggi menyebabkan ia sempat singgah kedalam pungkar yang ada didasar sungai.Namun setelah beberapa minit aku dapat menaikkan kerapu ini apabila ia keluar dari kubunya. Ini dinamakan kerjasama, kedua-dua kami dapat merasakan tarikan kerapu ini
Hasil Paling Cantekkk...Lena tidur mu Neal tapi rindu mu sama Bintuka pasti menjadi igauan
Hasil paling biasa sekarang ni di Bintuka...Kerapu Batang
Kau memang bertuah Neal,hasil kedua ni pun hanya lubuk di Tanjung Aru sahaja yang dapat melawan
Gewang Storm Hot Tiger semakin sukar diperolehi
Inilah buah pelik yang menjadi tanda tanya Neal

Aku kena sumpahan si Pisang
Pisang & Ampulur juga sukses

Pertama kali turun terus dapat BB Selungsung dengan teknik Gilabayi

Mj tunggal pada trip kali ni

Inilah ikan yang setatusnya sama dengan Badukang....hati-hati jika membeli ikan ni dipasar