TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CUSTOM FISHING ROD 2

Setelah Projek Custom Fishing Rod 1 ku berjaya,aku sekali lagi cuba untuk mengubah suai Rod ku,kali ni Rod Lemax Stand Up 30-60lbs ku yang ku beli pada tahun 2003 dengan harga RM150 pada masa tu dan telah banyak berjasa kepada ku menjadi mangsa dan ini sebenarnya adalah proses menimba ilmu sebanyak mungkin....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setelah 2 minggu diproses.Cuma untuk mendapatkan aksoseri rod amat terhad di Kota Kinabalu ni.Sebagai contoh untuk mendapatkan Ring FUJI guide sahaja saya terpaksa pergi ke beberapa kedai pancing untuk mendapatkan Ring tersebut...ini belum lagi FUJI SIC.Top guide saya gunakan FUJI SIC,memang mahal tetapi puas hati.Kepada yang berminat untuk membuat rod sendiri dinasihatkan supaya merancang lebih awal untuk membeli keperluan aksoseri rod supaya bila tiba waktu untuk memasang.....kerja akan lancar dan tidak tertangguh.Projek Custom Fishing Rod 3 ku sudah bermula...semoga ini akan menambah lagi ilmu dan Skil Custom Fishing Rod ku dan dalam perancangan aku akan membuat rod casting untuk kegunaan sendiri kerana aku sudah jumpa tempat untuk mendapatkan Set Fuji Ring yang lengkap.....


Inilah bentuk pemegang asal Joran Lemax Ku yang pertama kali ku ubah suai pada tahun 2006 apabila pemegang Kekilinya longgar kerana gamnya tidak kuat
Ring asal masih ok,cuma Ring belakang sekali sahaja yang sudah ku tukar pada 2008


Ini Proses memasang aksoseri tempat mengikat Ring...memang remeh membuat Rod ni....baik membali saja

Inilah rupa pemegang Rod Lemax saya setelah diubah suai

Inilah rupa sebenar...merah benangnya...Ring FUJI Guide Heavy Duty (Bukan SIC )..RM118 untuk ring sahaja

Rod yang di sebelah atas tu..."PROJEK CUSTOM ROD 3"....harap-harap sebelum 6 Ogos dapat disiapkan untuk diTest ke Deepsea
Warna Kuning Oren+Merah jadi pilihan....warna asal hitam.....Proses mewarna ni memang sukar jika tidak ada pengalaman....selepas diwarnakan,rod mesti disapu dengan pengilat agar warna cat lebih tahan
Memasang Span ini pun menjadi satu masalah juga jika tidak ada pengalaman

Aksoseri batang ni mudah sahaja dibuat...simple sahaja

Ini setelah di sapu gam

Trip ke Sg Balingkatak & Sg Menumbuk (17 Julai 2010 )

Rasa-rasanya ini trip yang keberapa sudah ku ke Bintuka......memang tidak pandai jera,hasil kali ni pun bukannya lumayan sangat tapi memang hati sentiasa mahu ke Bintuka.Pendik cerita kalau trip ke Deep Sea pada 30 julai tidak jadi aku akan ke bintuka lagi pada 31 julai ni.Trip pada 17 julai yang lalu aku bersama Din C707,kami mulakan dengan acara trolling bermula dari simpang Haji sehingga ke Simpang Tiga besar @ Lubuk Yu,namun tiada sambaran dan kami terus ke Lubuk Mata Belanak untuk casting namun juga tiada juga sambaran,lalu kami terus ke Sg Burabak untuk casting dan Trolling dan hasilnya 2 ekor titir menyambar Gewang ku.Selepas penat casting dan trolling kami pun berpindah ke acara bottom di Sg Burabak dan dan lepas tu kami terus ke Sg Balingkatak dan Ke Sg Menumbuk.Jam 6.00 petang acara kami berakhir dan sampai di Jeti jam 6.45 petang
Inilah MJ pertama ku Casting di Bintuka di Lubuk Yu
Kecil saja Tetanda ni Bro....."Bulih sudah bah tu Din"....Sg Balingkatak

Kerapu bintik Sg Menumbuk 1 kg,rasa-rasanya memang banyak kerapu ni dibawah sangkar di lubuk ni.Nanti kau aku tau umpan kegemaran mu....bukan udang

Ibu gelama Sg Menumbuk....1 kg juga beratnya

Inilah penempatan di Sg Bangkawanan @ Gulung-gulungan dari belakang
.Hanya sebuah sahaja berpenghuni,yang lain sudah berpindah ke darat


Pemandangan dari hadapan


Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 4

Syukur akhirnya hari ni sempat saya mengaplot gambar-gambar laporan terakhir walau pun banyak lagi gambar-gambar yang diambil ketika dijeti dan dirumah yang tidak dapat saya paparkan kerana terlampau banyak.Inilah antara hasil pada malam terakhir
Baracudda betina ni seberat 13 kg merupakan ikan terbesar pada trip kali ini yang saya naikkan pada jm 10 mlm.Ia memberi tentangan yang sengit sebelum tewas dihujung cangkuk oleh adik saya.Daya pecutan memang power tetapi hanya sekejap sahaja mungkin kerana ia bertelur
Apa yang menarik tentang hasil ku ini,ia dinaikan oleh rod yang ku buat sendiri...memang puas hati ku kerana rod ku teruju, memang stady dan kebanyakkan beban pecutan ikan ditanggung oleh rod yang mempunyai kekuatan 25-50lbs dan ini dapat mengurangkan kepenatan kepada saya

Dahali hampir-hampir tersungkur ketika mencangkuk Baracudda ini kerana berat dan ia mengelupar dengan ganas...nasib maik ada Din C707 memegangnya

Inlah tenggiri terbesar pada trip ini iaitu seberat 11 kg yang dinaikkan oleh Wei pada jm 12.30 tengah malam dan sebelum itu beliau juga telah berjaya menaikkan seekor tenggiri seberat 5-6 kg dan tidak lama selepas tenggiri besar ini naik sekali lagi kail beliau melentur habis dan sempat beberapa kali tenggiri besar tersebut menunjukkan diri sebelum terlepas akibat tali kailnya berbelit dengan tali kail kawan.Apa-apa pun tahniah Wei

Sahur pula sepatutnya dapat 3 ekor tapi apa pun seekor saja jadi rezeki ,nda apa sahur hujung bulan bulih apil lagi

Inilah bot pemancing dari Kota Belud,Saya kenal salah seorang pemancingnya Ady Chin

Rezeki terakhir sebelum kami bertolak balik pada jm 10 pagi kerana takut kapal tidak dapat mengampiri tebing jeti kerana surut besar

Cikgu Junaidi diam-diam berisi tongnya....

Osman Tahir lebih ku kenali dengan nama May merupakan penganjur utama trip ke depsea bersama Team dari Beaufort sebelum berehat pada tahun 2007,manakala Kamaruddin @ Dinn C707 merupakan kaki casting yang semakin tegar yang sudah mampu tersenyum kerana beliau maju setapak sebagai kaki pancing....K.O.B pula jangan cakap lah...memang TahiKail.......hahahahahah

Juara & naib juara beraksi...tempat ketiga pula.......Tidur c Ampulur ni waktu ni

Ketika sampai dijeti kelihatan Isteri ,anak-anak ku, Pak mentua & mak mentua sudah lama menunggu dijeti...apa lagi anak perempuan ku terus kecoh memanggil papanya.Akhir kata terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi bersama-sama saya untuk menjayakan trip kali ini.Segala kesulitan dan kekurangan saya mohon maaf dan kepada isteri tersayang terima kasih sayang kerana memahami hobi ku ini.Trip seterusnya pada 30,31 Julai-1 Ogos 2010, Kapal yang sama.Rakan-rakan yang berminat daftarlah awal


Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 3

Inilah serba sedikit laporan Trip Ke Takat 350 Part 3 yang dapat saya paparkan untuk tatapan rakan-rakan dan pengunjung Blog T.O.B
Ini antara kemahiran yang saya sangat pakar...Teknik Ilmu Pisang.Bukan senang mau memenuhi mata kail dengan ikan sasaran.Ikan Pisang-pisang antara sasaran mudah untuk diperolehi hanya dengan menggunakan apollo.
Ini lagi satu dan beberapa kali tidak terambil gambarnya kerana rakan-rakan sibuk melayan joran.Kerapu juga mudah dijadikan sasaran dengan teknik Ilmu pisang

Rakan baru yang menumpang Trip kami,David...beliau sangat gembira kerana dapat ikan besar-besar

Ini pula Wei,adik kepada rakan kami Cg Ag Palelah.Beliau antara rakan yang paling tahan lasak dan sukses

C Jony jangan cakap lah...ikan saja dia pikir,sebab itulah dia sukses

Tengoklah lah ni.....Kakap merah tunggal dalam trip kali ni

Adik saya ni pun tidak mahu ketinggalan menayangkan Jungkut nya

Ada jua kau mendapat kerisi bali tu Dali

Din c707,stady saja,walau pun pertama kali kelaut dalam dan kekili Saltis beliau Jam,tetapi beliau tetap berjuang dengan TLD K.O.B untuk meneruskan perjuangan dan hasil nya dapat juga beliau banyak ikan


Tengoklah sahur ni....stady saja
Cikgu Junaidi dengan Banglus @ Haruan Tasik

Akhirnya atas tunjuk ajar K.O.B,Sahur berjaya memperolehi 5 ekor ikan dengan menggunakan Teknik Ilmu Pisang

Rezeki diawal pagi.....




Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 2

Setelah melalui perjalanan lebih 4 jam lebih dengan keadaan laut yang berolak akibat angin dan hujan lebat akhirnya pada jam 8.00 malam kami pun tiba di takat 340 untuk memulakan acara memancing sebelum ke takat 350 yang mengambil masa 2 jam lagi perjalanan.Keadaan laut yang agak bergelora pada malam tersebut membuatkan ada beberapa orang rakan yang pening dan mabuk dan menyukarkan aktiviti memancing.Keadaan ini bertambah kalut apabila bekalan elektrik dari penjana kuasa kapal terputus dan akibatnya kami bergelap untuk beberapa jam.Keadaan ini menyukarkan aktiviti memancing dan ramai yang mengambil keputusan untuk tidur sahaja.Jam 1 pagi aku bangun dan memulakan aktiiviti mencari tenggiri dan hasilnya pada jm 1.45 aku orang pertama berjaya menaikkan tenggiri 3 kg dan ini terus membuatkan rakan-rakan yang lain terus memasang kail tenggiri dan akhirnya Pian dan Jony berjaya menaikan tenggiri pada malam pertama dan disebelah paginya keriuhan bertambah meriah apabila kami masing-masing berpesta ikan
Tenggiri pertama ku,seekor rabut

Tenggiri 9 kg ini memberi tentangan yang sengit kepada c Pian dan 2 kali rod holdernya tercabut akibat asakan monster yang dipercayaai tenggiri mega dan sekali putus dan 5 kali rabut


Ikan putih untuk hidangan ni banyak ku dapat diawal pagi

Dahali kali kedua ke Deepsea berjaya menaikkan beberapa ekor Jungkut @ Ikan Merah


Sahur pun sama...suksess

Ini pula jangan ceritalah....

Pembantu kapal...Abdullah,kebanyakkan Jungkut makan dibahagian depan kapal,berpesta diorang di bahagian depan

Osman Tahir pun sukses...beliau antara yang paling banyak dapat jungkut besar

Kerisi bali ni boleh dikatakan semua orang mendapatnya

Inilah tekong sea star 1...Mastin

Rasa-rasa inilah cupak tunggal dalam trip kali ini

Pian pun sukses...tapi sedikit kecewa kerana 6 kali tenggiri rabut dari gengamanya

Jony pun sukses dan beliau berjaya mendapat kerisi bali yang paling besar kali ni