TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CUSTOM FISHING ROD 2

Setelah Projek Custom Fishing Rod 1 ku berjaya,aku sekali lagi cuba untuk mengubah suai Rod ku,kali ni Rod Lemax Stand Up 30-60lbs ku yang ku beli pada tahun 2003 dengan harga RM150 pada masa tu dan telah banyak berjasa kepada ku menjadi mangsa dan ini sebenarnya adalah proses menimba ilmu sebanyak mungkin....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setelah 2 minggu diproses.Cuma untuk mendapatkan aksoseri rod amat terhad di Kota Kinabalu ni.Sebagai contoh untuk mendapatkan Ring FUJI guide sahaja saya terpaksa pergi ke beberapa kedai pancing untuk mendapatkan Ring tersebut...ini belum lagi FUJI SIC.Top guide saya gunakan FUJI SIC,memang mahal tetapi puas hati.Kepada yang berminat untuk membuat rod sendiri dinasihatkan supaya merancang lebih awal untuk membeli keperluan aksoseri rod supaya bila tiba waktu untuk memasang.....kerja akan lancar dan tidak tertangguh.Projek Custom Fishing Rod 3 ku sudah bermula...semoga ini akan menambah lagi ilmu dan Skil Custom Fishing Rod ku dan dalam perancangan aku akan membuat rod casting untuk kegunaan sendiri kerana aku sudah jumpa tempat untuk mendapatkan Set Fuji Ring yang lengkap.....


Inilah bentuk pemegang asal Joran Lemax Ku yang pertama kali ku ubah suai pada tahun 2006 apabila pemegang Kekilinya longgar kerana gamnya tidak kuat
Ring asal masih ok,cuma Ring belakang sekali sahaja yang sudah ku tukar pada 2008


Ini Proses memasang aksoseri tempat mengikat Ring...memang remeh membuat Rod ni....baik membali saja

Inilah rupa pemegang Rod Lemax saya setelah diubah suai

Inilah rupa sebenar...merah benangnya...Ring FUJI Guide Heavy Duty (Bukan SIC )..RM118 untuk ring sahaja

Rod yang di sebelah atas tu..."PROJEK CUSTOM ROD 3"....harap-harap sebelum 6 Ogos dapat disiapkan untuk diTest ke Deepsea
Warna Kuning Oren+Merah jadi pilihan....warna asal hitam.....Proses mewarna ni memang sukar jika tidak ada pengalaman....selepas diwarnakan,rod mesti disapu dengan pengilat agar warna cat lebih tahan
Memasang Span ini pun menjadi satu masalah juga jika tidak ada pengalaman

Aksoseri batang ni mudah sahaja dibuat...simple sahaja

Ini setelah di sapu gam