TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 4

Syukur akhirnya hari ni sempat saya mengaplot gambar-gambar laporan terakhir walau pun banyak lagi gambar-gambar yang diambil ketika dijeti dan dirumah yang tidak dapat saya paparkan kerana terlampau banyak.Inilah antara hasil pada malam terakhir
Baracudda betina ni seberat 13 kg merupakan ikan terbesar pada trip kali ini yang saya naikkan pada jm 10 mlm.Ia memberi tentangan yang sengit sebelum tewas dihujung cangkuk oleh adik saya.Daya pecutan memang power tetapi hanya sekejap sahaja mungkin kerana ia bertelur
Apa yang menarik tentang hasil ku ini,ia dinaikan oleh rod yang ku buat sendiri...memang puas hati ku kerana rod ku teruju, memang stady dan kebanyakkan beban pecutan ikan ditanggung oleh rod yang mempunyai kekuatan 25-50lbs dan ini dapat mengurangkan kepenatan kepada saya

Dahali hampir-hampir tersungkur ketika mencangkuk Baracudda ini kerana berat dan ia mengelupar dengan ganas...nasib maik ada Din C707 memegangnya

Inlah tenggiri terbesar pada trip ini iaitu seberat 11 kg yang dinaikkan oleh Wei pada jm 12.30 tengah malam dan sebelum itu beliau juga telah berjaya menaikkan seekor tenggiri seberat 5-6 kg dan tidak lama selepas tenggiri besar ini naik sekali lagi kail beliau melentur habis dan sempat beberapa kali tenggiri besar tersebut menunjukkan diri sebelum terlepas akibat tali kailnya berbelit dengan tali kail kawan.Apa-apa pun tahniah Wei

Sahur pula sepatutnya dapat 3 ekor tapi apa pun seekor saja jadi rezeki ,nda apa sahur hujung bulan bulih apil lagi

Inilah bot pemancing dari Kota Belud,Saya kenal salah seorang pemancingnya Ady Chin

Rezeki terakhir sebelum kami bertolak balik pada jm 10 pagi kerana takut kapal tidak dapat mengampiri tebing jeti kerana surut besar

Cikgu Junaidi diam-diam berisi tongnya....

Osman Tahir lebih ku kenali dengan nama May merupakan penganjur utama trip ke depsea bersama Team dari Beaufort sebelum berehat pada tahun 2007,manakala Kamaruddin @ Dinn C707 merupakan kaki casting yang semakin tegar yang sudah mampu tersenyum kerana beliau maju setapak sebagai kaki pancing....K.O.B pula jangan cakap lah...memang TahiKail.......hahahahahah

Juara & naib juara beraksi...tempat ketiga pula.......Tidur c Ampulur ni waktu ni

Ketika sampai dijeti kelihatan Isteri ,anak-anak ku, Pak mentua & mak mentua sudah lama menunggu dijeti...apa lagi anak perempuan ku terus kecoh memanggil papanya.Akhir kata terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi bersama-sama saya untuk menjayakan trip kali ini.Segala kesulitan dan kekurangan saya mohon maaf dan kepada isteri tersayang terima kasih sayang kerana memahami hobi ku ini.Trip seterusnya pada 30,31 Julai-1 Ogos 2010, Kapal yang sama.Rakan-rakan yang berminat daftarlah awal