TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke Sg Balingkatak & Sg Menumbuk (17 Julai 2010 )

Rasa-rasanya ini trip yang keberapa sudah ku ke Bintuka......memang tidak pandai jera,hasil kali ni pun bukannya lumayan sangat tapi memang hati sentiasa mahu ke Bintuka.Pendik cerita kalau trip ke Deep Sea pada 30 julai tidak jadi aku akan ke bintuka lagi pada 31 julai ni.Trip pada 17 julai yang lalu aku bersama Din C707,kami mulakan dengan acara trolling bermula dari simpang Haji sehingga ke Simpang Tiga besar @ Lubuk Yu,namun tiada sambaran dan kami terus ke Lubuk Mata Belanak untuk casting namun juga tiada juga sambaran,lalu kami terus ke Sg Burabak untuk casting dan Trolling dan hasilnya 2 ekor titir menyambar Gewang ku.Selepas penat casting dan trolling kami pun berpindah ke acara bottom di Sg Burabak dan dan lepas tu kami terus ke Sg Balingkatak dan Ke Sg Menumbuk.Jam 6.00 petang acara kami berakhir dan sampai di Jeti jam 6.45 petang
Inilah MJ pertama ku Casting di Bintuka di Lubuk Yu
Kecil saja Tetanda ni Bro....."Bulih sudah bah tu Din"....Sg Balingkatak

Kerapu bintik Sg Menumbuk 1 kg,rasa-rasanya memang banyak kerapu ni dibawah sangkar di lubuk ni.Nanti kau aku tau umpan kegemaran mu....bukan udang

Ibu gelama Sg Menumbuk....1 kg juga beratnya

Inilah penempatan di Sg Bangkawanan @ Gulung-gulungan dari belakang
.Hanya sebuah sahaja berpenghuni,yang lain sudah berpindah ke darat


Pemandangan dari hadapan