TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Bintuka-3 Julai 2010

Setelah sebulan berlalu,akhirnya 3 Julai yang lalu saya bersama anak buah ku Wan Aizat meneruskan misi untuk menduga lubuk baru di Bintuka dan pada masa yang sama Geng2 KPN KK seramai 10 orang juga turun untuk misi Casting.Seawal jam 6 pagi kami sudah berada di Jeti dan terus mendapatkan umpan namun sais umpan tidak sesuai untuk dijadikan umpan namun terpaksa jua dibeli dengan harga 3 puluh sen seekor.Setelah selesai memunggah peralatan kami pun memecut dan lima 5 perjalanan baru ku perasan Box peralatan ku tiada.........rupa-rupanya tertinggal di Jeti ..... aduh....petanda nda baik....terpaksa di ambil semula......Walau pun hasil kurang namun aku tetap tidak serik ke Bintuka.Bagi ku Bintuka memberi kepuasan dan potensi untuk mendapat ikan besar adalah tinggi.17 Julai ni aku akan kesana lagi untuk menduga MJ dan Selungsung bersama Din 707
Gt sais begini memang banyak di Bintuka tapi ini saja yang saya dapat....mana kau Gt...
GT Pertama yang berjaya dinaikan oleh C Wan setelah lama berehat kerana bersekolah

Titir yang terperdaya dengan gewang murah melalui aksi Trolling

Pari Harimau yang berjaya C wan daratkan di lubuk Yu yang sangat dalam lebih 20 depa

Inilah lubuk baru yang ditunjukkan oleh Saudara Kamal Kupun dan disinilah lubuk Jenahak sebenar....Terima kasih Geng....kerana sudi memberi panduan lubuk

Ini pula wajah-wajah Geng KPN KK yang ceria kerana misi mereka casting telah berjaya dan Tahniah kepada semua terutama sekali juaranya....Mr Dinn The Anglar yang First time casting dan dapat Selungsung 2 Kg