TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 2

Setelah melalui perjalanan lebih 4 jam lebih dengan keadaan laut yang berolak akibat angin dan hujan lebat akhirnya pada jam 8.00 malam kami pun tiba di takat 340 untuk memulakan acara memancing sebelum ke takat 350 yang mengambil masa 2 jam lagi perjalanan.Keadaan laut yang agak bergelora pada malam tersebut membuatkan ada beberapa orang rakan yang pening dan mabuk dan menyukarkan aktiviti memancing.Keadaan ini bertambah kalut apabila bekalan elektrik dari penjana kuasa kapal terputus dan akibatnya kami bergelap untuk beberapa jam.Keadaan ini menyukarkan aktiviti memancing dan ramai yang mengambil keputusan untuk tidur sahaja.Jam 1 pagi aku bangun dan memulakan aktiiviti mencari tenggiri dan hasilnya pada jm 1.45 aku orang pertama berjaya menaikkan tenggiri 3 kg dan ini terus membuatkan rakan-rakan yang lain terus memasang kail tenggiri dan akhirnya Pian dan Jony berjaya menaikan tenggiri pada malam pertama dan disebelah paginya keriuhan bertambah meriah apabila kami masing-masing berpesta ikan
Tenggiri pertama ku,seekor rabut

Tenggiri 9 kg ini memberi tentangan yang sengit kepada c Pian dan 2 kali rod holdernya tercabut akibat asakan monster yang dipercayaai tenggiri mega dan sekali putus dan 5 kali rabut


Ikan putih untuk hidangan ni banyak ku dapat diawal pagi

Dahali kali kedua ke Deepsea berjaya menaikkan beberapa ekor Jungkut @ Ikan Merah


Sahur pun sama...suksess

Ini pula jangan ceritalah....

Pembantu kapal...Abdullah,kebanyakkan Jungkut makan dibahagian depan kapal,berpesta diorang di bahagian depan

Osman Tahir pun sukses...beliau antara yang paling banyak dapat jungkut besar

Kerisi bali ni boleh dikatakan semua orang mendapatnya

Inilah tekong sea star 1...Mastin

Rasa-rasa inilah cupak tunggal dalam trip kali ini

Pian pun sukses...tapi sedikit kecewa kerana 6 kali tenggiri rabut dari gengamanya

Jony pun sukses dan beliau berjaya mendapat kerisi bali yang paling besar kali ni