TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke Takat 350 ( 9-11Julai 2010 ) Part 1

Alhamdulillah,setelah berehat sehari baru lah hari ni ku mula mengaplot gambar-gambar trip ke Takat 350 untuk tatapan pengunjung Blog Team Ombak Biru ini. Ramai rakan-rakan yang sudah berkumpul di jeti seawal jam 1.30 tengahari selepas sembahyang Jumaat,waktu ni hujan lebat sudah melanda bandar KK,dan aku tiba dijeti pada jam 2.00 pm setelah hujan trip pertama reda dan pada jam 2.30 pm hanya seorang lagi rakan yang belum tiba iaitu Lempayun kerana ada masalah penghantar yang ada urusan lain.Namun semua rakan-rakan cukup spoting dan jam 3.25 baru lah beliau sampai dan setelah selesai memunggah peralatan beliau kami pun terus bertolak jam 3.35 pm ke Takat 340 destinasi untuk singgahan pertama yang mengambil masa 4 jam untuk sampai
Hujan sangat lebat di KK petang tu,sehinggakan pulau disekitar KK hampir tidak nampak
Wajah penganjur yang ceria....K.O.B

Din Caster 707,pertama kali turun kelaut dalam dengan mempertaruhkan Kekili Saltis & Joran Slim Max

Dahali dan pakcik Zakaria

Osman A.K.A Lempayun baru sampai jam 3.25 pm,terpaksa menurunkan peralatan kebawah tebing kerana air surut & kapal tidak dapat rapat ke tebing ...nasib baik waktu ni hujan lebat sudah berhenti

Nasib baiklah anak kapal Sea Star 1 ni rajin...namanya Abdullah...kalau sudah minum minuman KICK...bercerita tidak putus-putus

Pian macam kena kick sigup selepas hujan lebat,saur pula sibuk membuat perambut

Wajah gumbira c Pian....memang kau terbayang menarik Tenggiri waktu ni kan Pian.Sahur pula tidak cukup tangan mulut pun turut jadi tangan...heheheh