TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Bintuka 25 Sept 2010

25 Sept 2010 sekali lagi aku berkunjung ke Bintuka bersama-sama Sulaiman,Snek,Dahali & Sudin.Tarikh ni memang antara jadual ku Bintuka.Kali ni sulaiman memang tidak sabar mau beraksi setelah beberapa bulan tidak dapat turut serta kerana sibuk.Sewaktu sampai di Kolam Hj Kumit,adik ku menelepon bahawa bot no 12 yang mereka guna tidak dapat dihidupkan dan tersadai dilaluan shortcut.Nasib baiklah kami masih lagi belum bertolak ke muara dilaluan sg besar kalau tidak tersadailah mereka di tepi sungai.Aku pun berjumpa Hj Kumit dan meminta Plug baru untuk bot no 12.Selepas Sudin menggantikan plug tersebut,enjin bot masih lagi tidak mahu hidup dan aku meminta rakan sekampung,Yusof @ Badul untuk menolong menghidupkan bot & akhirnya enjin bot tersebut berjaya dihidupkan
Berabis Sudin menarik stater namun enjin masih tidak berjaya dihidupkan
Akhirnya aku meminta c Yusuf untuk menolong menghidupkan enjin tersebut

Akhirnya setelah beberapa kali mengepam minyak dan akhirnya enjin tersebut berjaya dihidupkan

Kurau pertama ku dapat di Ladang

Sulaiman jd penyelamat kerana berumbai ni sempat membelit tali sauh

Berumbai pertama ku sejak sekian lama ke Bintuka

Snek pun tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan

Kami sanggup makan ditengah panas kerana ikan galak memakan umpan waktu ni

Kurau @ Senangin pertama Sulaiman di Bintuka.Memang kau benasib man.Senangin ni jadi pembakar semangat Sulaiman
Snek nda apa lain kali kau lagi yang akan mendapat Kurau ni

Bb gt galak makan umpan sewaktu air mula surut

Selepas acara bottom,kami memulakan acara trolling.Kerapu & Titir ni diperolehi sekali gus,dimana sebelum ni Selungsung yang menerkam Halco Zorro snek berjaya melepaskan diri setelah membuat lompatan sebanyak 3 kali...memang bukan rezeki mu Snek

Dalam perjalanan balik kami singgah dilubuk singgahan untuk casting dalam keadaan hujan lebat dan berpetir,hanya beberapa kali melontarkan gewang,gewang keramat ku disambar,ku pikir Mj rupa-rupanya bb Gt.Di Lubuk ni, 3 kali ku singgah,3 kali juga mengena....cuma yang kedua tu Mj rabut ketika menghampiri bot