TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting Di Sg Telinting Papar(24.10.2010)

Pada asalnya pada minggu ni,jadual ku adalah ke Bintuka Pada 23.10.2010,namun oleh kerana anak ku ada program di Wisma Muis maka program ke Bintuka terpaksa di batalkan.Pada sebelah pagi pada 24hb, aku dan c Ampulur casting di Teluk Villa & beliau berjaya mendaratkan seekor kerapu junior, oleh kerana hati terlalu gatal mau casting,lalau aku mengajak dia untuk casting di Sg Telinting Papar ,kerana abang iparnya ada Bot di sana.Kami bertolak pada jam 2 pm.Apa yang boleh ku katakan tentang sungai Telinting ni,......Sungguh Menyeramkan suasananya.......malah bulu roma ku meremang saja.......aduh macam Berpuaka sungai ni....
Reba banyak terdapat disungai ni tetapi tidak berpenghuni & ini adalah sungai Pantai Manis
C Ampulur ni lama sudah nda ke sungai ni...lebih kurang 10 tahun
Casting RedBass jadi casting Bulan-Bulan
Popper kecil milik C Ampulur cukup berkesan untuk mengoda Bulan-Bulan

C Ampulur paling sukses ,beliau berjaya mendaratkan 4 ekor bulan-bulan dan 12 ekor rabut ketika membuat aksi macam selungsung


Laluan ke Sungai Telinting yang suram dan menyeramkan...semasa balik sewaktu hampir senja,C Ampulur tidak mahu melalui Sg ni,rupa-rupanya ada cerita seram...patutlah bulu roma ku meremang sepanjang melalui sungai ni.........