TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Projek Lure Team Ombak Biru By:K.O.B a.k.a MddKristal

Sudah menjadi lumrah kepada diri ku,pantang saja ada idea,pasti ingin dibuat.Sebelum ni Popper,jpran,dan macam-macam peralatan mengail menjadi mangsa sentuhan tangan ku, kini gewang ekonomi pula menjadi mangsa sentuhan tangan ku.Masih ku ingat ketika dizaman kesukaran sekitar penghujung 1990 , untuk memiliki sebiji gewang punyalah sukar.Apa tidaknya,harga gewang sangat mahal,malah seingat ku hanya ada 2 jenama paling top,iaitu Rapala RedHead & Yo-Zuri Tobimaru.Untuk memiliki gewang jenama ni punyalah sukar.Malah tidak banyak kedai pancing yang menjual gewang untuk casting.Kebanyakkan gewang yang dijual adalah untuk trolling, kalau pun ada jenama Surecatch harganya juga mencecah Rm 20 ringgit.Oleh kerana itu,saya pernah membuat gewang dengan menggunakan kayu dengan warna pilihan RedHead,malah sepupu ku si Osman dari Team Lempayun pula menjadikan batang berus gigi sebagai mangsa sentuhan tangannya untuk membuat gewang Haruan.Namun keadaan hari ini sunguh berbeza,gewang ekonomi mudah diperolehi,malah ada antara gewang-gewang ekonomi sungguh berkesan berbanding jenama mahal.Jika anda tidak berkenan dengan warna asalnya,maka apa lagi, mulakanlah dengan mengikis warna asalnya dengan kertas pasir paling halus dan selepas itu spry lah dengan warna kegemaran anda seperti apa yang telah saya laukkan.Selamat Mencuba.........
Inilah antara gewang yang menjadi mangsa sentuhan tangan ku dengan warna terang seolah-olah warna Hot Tiger

Proses mengeringkan warna sedang dilakukan

Gewang Jumper ( Sebelum )

Menjadi Gewang Jumper Hot T3 T.O.B ( Selepas )

Gewang Hinomiya

Menjadi Gewang Hinomiya Hot T3 T.O.B

Gewang Rod Ford Gold Keramat ( Sebelum )

Menjadi Gewang Rod Ford Hot Mantega T.O.B ( Selepas )

Gewang Rod Ford Green

Menjadi Gewang Rod Ford Hot Mantega

Gewang Bakau paling Killer RedHead

Menjadi Gewang Bakau Hot T3

Gewang Eupro Hot Mantega ,warna asalnya merah orange