TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

REDBASS Tukun Lempayun

Rasanya setahun lebih sudah saya tidak Casting di Sungai Bongawan ni,yang dulunya tempat saya memburu RedBass.Kali terakhir saya casting di lubuk ni pada mei 2009 bersama sepupu saya Osman Tahir dari Team Lempayun.Sejak berpindah ke KK,sukar sudah saya mahu join diorang casting di lubuk ni.Atas ajakan saudara Remy,saya setuju untuk casting di lubuk yang sememangnya terkenal di Bongawan,yang kini dikenali kami kenali sebagai TUKUN LEMPAYUN.Tahniah kepada Team Lempayun yang menjadi pelopor membuat tukun tiruan untuk port Casting di lubuk ni.Sebelum ni C Osman sendiri berkali-kali menaikkan kerapu & RedBass di tukun ni & terbaru di salah satu tukun Team Lempayun ,ReaBass 2.2 kg menjadi habuan.Habuan tersebut merupakan rekod peribadi c Osman bagi RedBass.Projek Tukun ini sememangnya sangat berfaedah untuk semua caster di Bongawan.Oleh yang demikian,saya menyeru kepada rakan2 yang mempunyai bot ikutlah jejak Team Lempayun membuat tukun di Sg Bongawan supaya ia akan dapat menambah kezanah penghuninya
Bagi diri ku pula,ini merupakan satu rekod baru,kerana RedBass ni melangkaui angka 2.1 Kg.Seolah-olah tidak percaya,bapa c Remy pun tekejut bila melihat angka 2 kg lebih.Kehebatan RedBass ini berjuang bersungguh-sungguh membuatkan aku sedikit gusar kerana takut ia akan berjaya menyelinap kedalam akar bakau atau tukun tayar yang banyak didasarnya
Asakan yang padu membuatkan joran ku melentur ketahap kepuasan,tali sulam power pro 20lbs mencurah-curah keluar & setiap kali ia memecut,aku terpaksa mengawal dengan ibu jari kerana aku tidak mengetatkan drag ke tahap maksimum.Namun pengalaman mengatasi segalanya,akhirnya ia menyerah diri dan berjaya disauk oleh c Remy.Yang bestnya Joran & BC BlueMax ni lama sudah ku rehatkan...memang berezeki Joran & BC ku ni...sebelum ni alu-alu 4.2 kg menjadi mangsanya di sungai petagas KK.

Remy juga mahu merakamkan gambar kenangan dengan RedBass ku ini

Tidaklah besar sangat namun beratnya sudah cukup dibangakan dan panjangnya menghampiri 1 kaki setengah



Gewang keramat,sebelum ini selungsung sg Benoni menjadi mangsa namun sempat rabut

Pengiran Abdul Rahman ,bapa kepada c Remy,seolah-olah tidak percaya gewang boleh mengoda RedBass.Namun inilah ayat yang keluar dari mulut beliau"baru tah ku yakin lan,meliat kau belurih unggah dengan cara casting ni,lapas ni mengunjar set casting tah aku".Jangan kita risau Nyian,c Remi sudah membagi tau aku ia akan membari kita set castingnya


Walau pun bertalu-talu lontaran dibuat....rezeki mu belum sampai mee

Laluan ke Tukun Lempayun yang seterusnya