TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Bintuka (9.10.2010 )-Snek bergumbira,Sulaiman Berduka,K.O.B hilang Aura ,C Ampulur pula Hilang Badi

Trip kali ni,seperti biasa aku lah perancang utamanya,kali ni 3 buah bot telah ku tempah,No 2,4&9.Bot no 2 Dali & Samsuddin,Bot No 4 Saur & Ampulur dan Bot no 9 Aku,Snek & Sulaiman.Untuk keselamatan aku telah membawa minyak sebanyak 1 bal setengah ( RM60),kerana pada trip sebelum ni,minyak 1 bal hampir kering kerana enjin 30hp pada bot no 9 tu kuat menghisap minyak.Namun bila sampai ke Jeti Hj Kumit,kami dikhabarkan bahawa Bot No 9 tidak dapat berfungsi....jadi apa lagi kecewa,terpaksalah kami pakai bot no 1.Bot ni sunguh menyiksa.Namun selepas itu Hp ku berdering,aku dikhabarkan bahawa sepupu anak buah ku ( Wan Gendut ) iaitu Syahril telah meninggal dunia dalam usia yang begitu muda iaitu 22 tahun kerana sesak nafas di rumahnya di Keningau .Ini membuatkan aku tidak selesa & mood memancing ku hilang.Memikirkan keadaan yang tidak selesa aku mengambil keputusan balik awal.Jam 2 petang kami pun bertolak balik ke jeti.Namun tahniah buat c Ampulur kerana sudah menghilangkan badi kumpaunya di Bintuka,Selain Gt jd mangsa castingnya....Selungsung nyaris-nyaris menjadi mangsa terhebatnya....namun bukan rezeki,selungsung berjaya melepaskan diri setelah membuat beberapa kali lompatan.
Sulaiman mcm nda sabar kan beraksi.....Taubat ku guna Bot No 1 ni....Seksa
Setiba di Jeti,kelihatan C Ampulur sedang bermati-matian menghidupkan Bot No 4.Setelah menukar plug ,enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan
Akhirnya atas nasihat Hj Kumit,bot ni berjaya dihidupkan.....
Kurau pertama Snek di Bintuka seberat 3 kg.Memang masin mulut ku snek...cuba kau chek kata-kata ku pada gambar kurau sulaiman yang kau pegang....


Aku pun tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan kenangan dengan kurau snek

Senyuman manis sulaiman menjadi pahit apabila ikan besar yang hampir-hampir menjadi mangsanya putus disaat akhir.Video menjadi saksi....