TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Kalau sudah bukan Rezeki walau pun didalam sauk

Rasanya lama sudah kami tidak menduga lubuk Landbase ni,sejak-sejak kena Bom oleh Palahu bulan Mac lalu.Sebelum ni inilah padang Popping T.O.B & Team Keruak.Namun kedengaran khabar Bb Gt sudah kembali ke padang ini.Ini membuatkan aku gatal hati mahu mencuba nasib dan aku mengajak c Ampulur dan anak dagang @ Sahur untuk popping & casting disana.Seawal jam 6 pagi aku sudah sampai disana dan diikuti oleh c ampulur dan tidak lama selepas tu datang pula c Rinno & c anak dagang langsung tidak muncul2.Aku memulakan acara dengan melontarkan popper, bertubi2 ku mencuba namun tiada sambaran.Pada masa yang sama kelihatan pemangsa sedang ligat mengejar anak-anak ikan. C ampulur yang casting di atas batu mula membuka tirai dengan hasil seekor kerapu,namun bukan rezeki,kerapu tersebut terlepas semasa cuba dinaikkan diatas batu tempat beliau berdiri


Tidak lama selepas itu giliran aku pula,seekor titir sebesar tangan ku merampas gewang ku.Namun bukan juga rezeki,ketika menghampiri tebing ia berjaya melarikan diri dengan pecutan terakhir,kerana mata kail hanya sedikit menyangkut dibibirnya.Namun hati tetap terubat selepas berjaya mendaratkan Bb Gt


Selepas itu giliran c Rino pula berjaya mendapat Bb Gt.Ini merupakan lesin Putih pertamanya


Namun ketika mahu pulang sekitar jam 9 am,aku membuat lontaran terakhir sebanyak 5 kali,tepat lontaran ke lima gewang ku terus disambar pemangsa yang ku sangka selungsung kerana siripnya nampak seperti jerung sedang berenang,setelah beberapa kali membuat pecutan akhirnya ia mengalah dan mahu di tarik ke tebing batu,c Ampulur yang sudah ready dengan sauk terkejut apabila melihat Barracuda mega dan panjang.Lantas beliau mensauk,namun oleh kerana badan Barracuda tersebut telampau panjang,ia tidak muat kedalam sauk dan c Ampulur cuma menangkap insangnya namun ia gagal kerana ikan tersebut mengelupar dan kami hanya mampu melihat ia berenang semula ke laut dengan lemah longlai

Hancur terus gewang ku ni oleh barracuda tu.Namun aku tetap puas hati kerana gewang ni sudah balik modal.Lepas sahaja kami casting C ampulur terus ke K.B.S untuk menapau gewang ni, aku pun sama,....menapau lagi ku satu gewang ni.....Gewang kilar jd Killer......