TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke Lawa-lawa pada Raya ke 8

Trip ini sepatutnya hanya disertai oleh c dinn.Namun ketika dirumah adik ku pun mahu join sekali pada trip ni dan nasibnya baik kerana trip pada hari sabtu yang ku boking untuk dia dan abang ku sudah diambil orang kerana menyangka aku tidak turun kerana sudah turun pada hari sebelumnya.Kalau tidak bai-bai gaman lah c dali melihat kami menarik gerunggung.Aksi di bagang pagi tu kurang memberangsang.Hanya beberapa ekor temanung dan gerunggung saja yang dapat dinaikkan.Melihat kelibat Berusak @ Todak aku terus menukar mata kail yang sudah sedia diikat dengan perambut dawai...apa lagi terbang-terbang berusak ku kerjakan dan ini terus diikuti oleh c Dali & c Din namun hanya c dinn yang berjaya mendaratkan seekor berusak.Lepas sahaja todak ke empat ku naikkan kami terus berpindah ke lawa-lawa.Dilawa-lawa aksi c din lebih menyerlah dan trip ini kami akhiri sekitar jam 11.45 am kerana angin & bunga-bunga laut semakin kuat
Tangah patera semakin terkenal sejak diperkenalkan oleh K.O.B dalam blog team ombak biru
Dahali sempat lagi tidur sewaktu dalam perjalanan
Biasalah aku sentiasa cool

"Jaga din,masukkan tali di bawah batang nibung dan ambil hujungnya dan tolak terus perahu"inilah perkataan yang ku luahkan ketika kami singgah di bagang sebelum ke lawa-lawa

Todak ni membuatkan rod baru ku buat melentur gila dan tarikkannya sangat kuat ,tidak seperti todak2 lain yang pernah ku naikkan,sehinggakan tekong menyangka berdasarkan tarikan ia adalah seekor tenggiri...namun akhirnya sangkaan kami meleset ...rupa-rupanya mata kail tersangkut dibelakangnya.Inilah yang menyebabkan kekuatan tarikkannya menjadi lebih luar biasa
Din707 Pertama kali menaikkan todak


Hasil Din707 paling banyak kali ni.Apa tidaknya gerunggung ni suka apollo yang beliau gunakan

Hasil Dahali pun apa kurangnya,banyak juga

Hasil ku kurang sikit,sebab aku banyak mencuba mencari ikan-ikan besar tetapi tiada sambaran hanya todak saja yang sudi jadi penghibur