TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Penjagaan Peralatan Memancing Part 3

Dalam kesempatan kali saya ingin berkongsi serba sedikit tentang ilmu penjagaan Spool kekili.Biasanya ramai kaki kail yang tidak suka menjaga peralatan memancing mereka.Ini kerana mereka tidak ada perasaan kasih sayang terhadap peralatan yang mereka miliki.Al maklumlah duit banyak.....namun bagi saya walau pun duit banyak,perasaan kasih sayang terhadap peralatan yang kita miliki perlu ada untuk memanjangkan jangka hayat peralatan yang kita miliki.Malah jika peralatan saya calar...hati saya juga turut calar....malah paling saya sakit hati bila melihat rakan dengan selamba sahaja meletakkan kekili dan joran yang dipinjam dengan kasar sama ada di atas bot,dibatu atau dipasir...aduh sakitnya hati ku malah saya juga tidak akan senang hati jika rakan meletakkan joran dan kekili mereka dengan kasar....

Biasanya aku akan menanggalkan tali sulam yang digunakan untuk memeriksa spool kekili ku.Kekerapan yang dilakukan bergantung dimana kita gunakan.Jika digunakan dimuara sebulan atau lebih baru saya tanggalkan tali sulamnya,keranakemasinan air muara tidak sepekat air laut.Namun jika digunakan dilaut,biasanya saya akan menanggalkan tali sulamnya seminggu selepas dibersihkan.

Namun ini bergantung kepada kekarapan penggunaan kekili tersebut,Jika kita hari-hari memancing dilaut...tidakkan selepas digunakan tali sulamnya harus ditanggalkan,cukuplah sekadar membersihkannya dengan air bersih untuk menghalang sisa air masin menjadi garam.Biasanya penggunaan yang kerap,spoolnya berpotensi tinggi dimamah garam laut.Jadi jika kita ada masa dihujung minggu tanggalkanlah tali sulamnya,kemudian tali tersebut direndam di air bersih untuk menghilangkan kesan air masin yang menyerap didalam tali sulam yang terletak dibahagian dalam dan spoolnya disapukan dengan minyak anti karat.

Kekili Team Seahawk ni sudah setahun lebih usianya...namun ia masih kelihatan baru dan tidak calar namun ini bukanlah satu-satunya kekili yang saya jaga,ada bebelasan biji kekili lagi yang saya miliki masih kelihatan cantik walau pun ada yang sudah 13 tahun saya gunakan

Biarkan tali sulam kering dan bila kering barulah ia dimasukkan semula kedalam spoolnya.Ini pasti akan menghalang garam laut dari memamah spool kekili anda.

Spool kekili Team Seahawk ku ini masih kelihatan bersih dari kesan calar dan karat garam kerana aku menjaganya dengan sempurna.Semoga paparan ku ini akan membuka minda anda untuk menyayangi peralatan memancing anda.Selamat mencuba